Buletin

PUSAT SERVIS HONDA DIBUKA SECARA BERPERINGKAT. TEMU JANJI SAHAJA, PATUHI GARIS PANDUAN KETAT

Berikutan lanjutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Fasa 4, Honda Malaysia hari ini mengumumkan bahawa pusat servis akan dibuka secara berperingkat di seluruh negara mulai 29 April selepas menerima kebenaran daripada Kementerian Perdagangan  Antarabangsa dan Industri (MITI). 

Pembukaan semula pusat servis itu dibuat bersama langkah-langkah pencegahan yang mematuhi garis panduan dan peraturan yang telah ditetapkan oleh MITI serta agensi berkaitan.

Pelanggan boleh mengunjungi premis itu dengan tenang kerana proses sanitasi dan nyahkuman dijalankan pada setiap hari. 

Sebaik sahaja tiba di sana, pelanggan akan menjalani pemeriksaan suhu badan. Pembersih tangan turut disediakan selepas status temu janji mereka disahkan.

Individu yang mencatatkan suhu badan  37.5°C ke atas dan menunjukkan tanda-tanda seperti demam, batuk dan sesak nafas diminta untuk terus mendapatkan rawatan. 

Honda Malaysia mengenakan langkah penjarakan sosial yang ketat, di mana jumlah pelanggan akan dihadkan pada satu-satu masa. Pelanggan mesti membuat temu janji dengan pengedar terdekat untuk melandarkan urusan dan ada slot untuk menyelenggara kenderaan masing-masing. 

Bagi mengekalkan penjarakan sosial, pengedar Honda akan melaksanakan servis car drop. Servis baharu itu membolehkan pelanggan yang sudah membuat temu janji untuk drop off kenderaan di pusat 3S. Sementara kemas kini mengenai servis atau pertanyaan dibuat menerusi telefon.   

Berikut ialah senarai pengedar yang akan beroperasi mulai 29 April 2020: 

Honda Malaysia sentiasa memantau perkembangan situasi penularan wabak COVID-19 di Malaysia dan berusaha untuk memastikan persekitaran yang selamat. 

Google ads
Back to top button