
Buletin
PUSAT SERVIS MITSUBISHI TERPILIH KEMBALI BEROPERASI MULAI 29 APRIL
Mitsubishi Motors Malaysia mengumumkan ia akan memulakan semula operasi di beberapa pusat servis terpilih di seluruh negara mulai hari ini.
Ini berikutan beberapa pusat servis Mitsubishi sudah menerima kelulusan daripada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) untuk beroperasi sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKO) Fasa 4.
Bagi memastikan pusat servis kekal selamay, pelanggan dan kakitangan perlu mematuhi piawaian keselamatan yang ketat:
- Temu janji sahaja, pelanggan walk-in tidak dibenarkan
- Penerimaan kereta tanpa sebarang kontak
- Ambil dan letak sahaja, pelanggan tidak dibenarkan untuk berada di pusat servis
- pembersih tangan akan disediakan di pintu masuk
- Kenderaan akan disanitasi sebelum diserahkan kepada pelanggan.
Maklumat lanjut, sila hubungi talian 1-1800-88-2166 / 03-21610246 atau layari laman web: http://www.mitsubishi-motors.com.my/