Buletin

Renault – Kereta Konsep Terbaharu

Rekaan terkini itu dikatakan bakal mengetengahkan strategi reka bentuk Renault. 

Pengeluar kenderaan dari Perancis, Renault dan pereka bentuk industri terkemuka dunia, Ross Lovegrove akan mendedahkan kepada umum sebuah kereta konsep di muzium reka bentuk, Triennale of Milano di Milan Itali pada April depan. 

Renault dan Lovegrove Studio telah berkolaborasi untuk meneroka bahasa reka bentuk yang baru.

Dengan menganalisis alam semula jadi, sistemnya dan transaksi tenaga, projek itu bermatlamat untuk meningkatkan kesedaran serta pemahaman terhadap fenomena-fenomena tersebut, di samping impaknya kepada Bumi. 

Menggunakan teknologi computer rekaan kontemporari, Ross Lovegrove dan studionya ingin mendedahkan rangka tindakan (blueprint) yang mendasari alam semula jadi dan menukarnya menjadi satu bahasa rekaan baharu.
Kereta konsep itu akan dipamerkan di muzium tersebut bermula 9 hingga 14 April 2013.

 

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button