Buletin

Perodua Lancar Model S Series

Viva S, Myvi 1.3 SE dan Alza S tampil dengan beberapa pembaharuan, selain servis percuma selama tiga tahun di mana-mana outlet servis Perodua di seluruh negara. 

Sempena sambutan ke-20 tahun penubuhannya, Perusahaan Otomobil Kedua Sdn. Bhd. (Perodua), baru-baru ini melancarkan varian paling bernilai untuk wang buat pengguna tempatan.

Tiga varian yang dipanggil sebagai S Series itu melibatkan model Viva S, Myvi 1.3 SE dan Alza S. Maksud S untuk S Series bermaksud “Special” atau istimewa. Ketiga-tiga model itu telah ditingkatkan dari segi nilai, kegunaan dan gayaannya.

Perodua-Lancar-Model-S-Series-3

“Varian S Series yang diperkenalkan pada hari ini menawarkan nilai sebenar terhadap aspek pemilikannya,” kata Pengerusi Perodua, Tan Sri Asmat Kamaludin sewaktu majlis pelancaran di ibu pejabat Perodua di Sungai Choh, Rawang, Selangor.

Viva S 1.0L ditawarkan pada harga RM34,774.30 (AT, solid). Ia hadir bersama stereng kuasa, pelaras tempat duduk, bekas simpanan di bawah tempat duduk, cermin muka, poket pada tempat duduk dan sistem audio dengan keupayaan pemain MP3 & WMA (Windows Media Audio). Dengan harga itu, Viva S menjadi model automatik paling mampu milik di Malaysia.

Perodua-Lancar-Model-S-Series-4

Myvi 1.3 SE pula berharga RM44,924.30 (MT, solid) dan RM47,924.30 (AT, solid). Antara ciri yang ditambah ialah bampar edisi khas, skirting sisi dan spoiler belakang.

Ditawarkan pada harga RM53,517.00 (MT, solid) dan RM56,517.00 (AT, solid), Alza S 1.5L pula didatangkan dengan spoiler belakang, kemasan dalaman berwarna perak dan hendal pintu (dalam) krom sebagai ciri standard.

Harus tahu bahawa semua ciri tambahan pada varian S Series ini tidak melibatkan sebarang kenaikan harga. Ia ditawarkan dalam semua warna kenderaan Perodua sedia ada dengan satu warna signatur iaitu oren (Ozzy Orange). Varian baharu itu boleh didapati di semua bilik pameran Perodua bermula 14 Mac lalu.

Perodua-Lancar-Model-S-Series-5

Sebagai tambahan kepada pengenalan S Series, Perodua turut mengumumkan bahawa semua kenderaan yang didaftarkan bermula 15 Mac akan menikmati servis percuma selama tiga tahun di mana-mana outlet servisnya di seluruh negara.

Mazda CX30

“Kami telah bekerja keras untuk terus meningkatkan tahap kecekapan dan memindahkan apa jua penjimatan yang diperoleh kepada para pelanggan. Ini selari dengan seruan kerajaan untuk memberikan nilai terbaik ke atas produk dan perkhidmatan kami.

“Menerusi langkah ini, kami mampu memberi penjimatan nilai secara puratanya sebanyak RM4,500 bagi setiap unit varian S Series kepada pelanggan,” kata Pengarah Urusan Perodua, Datuk Aminar Rashid Salleh.

Menurut Aminar lagi, pelancaran varian baharu itu akan menyumbang kepada pencapaian sasaran jualan Perodua sebanyak 194,000 unit kenderaan pada tahun ini.

Perodua-Lancar-Model-S-Series-6

Pelancaran Perodua S Series disempurnakan oleh Timbalan Perdana Menteri,  Tan Sri Muhyiddin Yassin. Hadir sama ialah Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Presiden Daihatsu Motor Company, Koichi Ina.

Pada majlis yang sama, Muhyiddin turut meletakkan batu asas pertama kilang tercanggih Perodua bernilai RM790 juta. Sebenarnya, pengeluar kereta kompak itu pernah mengumumkan mengenai kilang berkenaan pada Disember 2012. Kilang baharu itu dijangka beroperasi pada pertengahan 2014.

Dalam perkembangan berasingan, Perodua mengumumkan bahawa ia akan memberi sumbangan sebanyk RM60,000 sebagai tanda penghargaan kepada pasukan keselamatan yang telah terkorban demi mempertahankan negara sewaktu krisis pencerobohan di Lahad Datu, Sabah.

[hr top]
Gallery
[hr_invisible]

Perodua-Lancar-Model-S-Series-7Perodua-Lancar-Model-S-Series-8Perodua-Lancar-Model-S-Series-9

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button