Modifikasi

Nilai Sebuah Honda CR-X

Harga Honda CR-X generasi kedua siri EF ini nampaknya semakin naik, terutama jika ia merupakan model EF8. 

Saya masih teringat kata-kata manis seorang jurujual kereta tempatan kepada abah saya bahawa membeli kereta adalah satu pelaburan. Ye la sangat. Membeli kereta bukan macam beli rumah yang harganya naik setiapp tahun.

Kereta hari ini bayar RM50,000, keluar sahaja bilik pameran terus jatuh harga dekat RM10,000. Bagi saya, beli kereta kita menang memakai sahaja, kalau nak harapkan keuntungan jangan mimpi laa…

mekanika - CRX (1)

Tetapi kadang-kadang, nasib boleh menyebelahi kita. Kereta yang dahulunya dibeli pada harga RM20,000 boleh jadi RM50,000. Contoh terbaik ialah Toyota AE86. Kereta itu dilancarkan semasa saya masih bersekolah rendah. Kalau tidak silap, harga jualannya lebih kurang RM50,000.

Kalau hendak diikutkan, angka itu memang mahal. Sebab kereta zaman itu harga purata sebuah kereta cuma dalam RM20,000 sahaja sebuah. Namun. selepas hampir 30 tahun, kereta tersebut masih dijual pada harga yang sama. Malah ada kalanya, lagi mahal!

Jika anda peminat Honda, jangan risau. Ada juga permata yang bakal menjadi klasik satu masa nanti (ataupun sebenarnya sudah bermula). Mungkin ramai antara kita yang tak mampu nak beli Honda NSX, kereta yang saya yakin menjadi bahan koleksi satu masa nanti.

mekanika - CRX (3)

Tetapi kalau anda sekarang ada menyimpan Honda CR-X generasi kedua (siri EF), baik simpan baik-baik. Sebab? Saya ni jenis rajin juga tengok laman web jualan kereta. Saya memang perasan harga CR-X model itu makin hari makin naik, terutamanya kalau  dalam geran mengesahkan bahawa ia daripada model EF8.

Model EF8 merupakan model yang menggunakan enjin B16A. Hakikat itulah yang membuatkan kereta tersebut amat bernilai. Pada anda yang perasan kereta itu masih baru, sedar tak Honda siri EF menyambut ulang tahun ke-25 pada tahun ini?

MODIFIKASI : HONDA CRX EMAS

Mazda CX30

MODIFIKASI : HONDA CRX SPOON

MODIFIKASI : EK K20A THE KING!

Saya tidak salahkan siapa-siapa kalau ada yang rasa kereta itu masih baru. Masakan tidak, reka bentuknya mendahului zaman. Malah teknologi yang digunakannya masih dianggap hebat hingga ke zaman ini. Kalau ikut undang-undang Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), kereta itu sudah layak untuk mendapat status klasik dan boleh dapat diskaun cukai jalan!

Jadi memang bertuah la Encik Aidil kita ni sebab memiliki sebuah CR-X EF8 yang asli. Kereta yang didaftarkan di Malaysia pada tahun 1991 itu sejujurnya nampak macam baru sampai ke Pelabuhan Kelang – cantik dan bersih. Keadaan kereta macam ni membuatkan saya rasa teruja dan bersemangat nak tulis karangan.

Baiklah, macam biasa, kita mulakan dengan bahagian enjin. Macam saya ada bagitau awal-awal tadi, model EF8 didatangkan dengan enjin B16A dari kilang. Tetapi untuk CR-X ini, Aidil sudah menaik taraf enjin apabila menggantikannya dengan enjin B16B – enjin Civic EK9 Type-R.

mekanika - CRX (4)

Enjin B16B memang secara kasar nampak sama dengan enjin B16A yang diganti. Namun, jurutera Honda telah membikin enjin itu dan melonjakkan kuasanya kepada 180hp berbanding 160hp pada enjin B16A biasa.

Enjin yang boleh dikatakan memiliki paling banyak performance parts untuknya sedikit dipertingkatkan oleh Aidil. Walaupun blok dan kepala silindernya tidak diusik, bahagian inlet kemasukannya sudah diganti dengan inlet Skunk2 dan bersama-samanya ialah  throttle body daripada Super 90. Penapis udara asal pun telah diganti dengan penapis udara daripada Mugen yang disambung ke throttle body menggunakan paip keluli tahan karat buatan custom.

Sistem pendawaian enjin pula disorokkan dari penglihatan. Dalam proses yang orang putih gelarkan “wire tuck”, sebab itulah anda tidak nampak wayar-wayar yang berserabut sebab semuanya dah disorok dengan jayanya.

Hos-hos radiator dan hos vakum diganti kepada hos silikon daripada Samco, termasuklah radiator asal yang diganti dengan radiator aluminium. ECU enjin dinaik taraf dengan cip dari Skunk2, sebelum dilaras menggunakan sistem ECU piggyback jenama A’PEXi V-AFC.

mekanika - CRX (5)

Tidak lengkap ubah suai enjin VTEC kalau sistem ekzos tak diganti. Untuk projek CR-X ini, Aidil menggunakan sistem manifold ekzos 4-1, paip ekzos saluran terus buatan custom dan diakhiri dengan peredam bunyi J’s Racing. Memang cara bak kata orang Johor…

Kotak gear B16B yang disalin sekali ke kereta itu nampaknya sudah berubah sifat sedikit. Klac asal diganti dengan klac Ogura Super Single bersama flywheel yang diringankan. Nisbah gear pun sudah ditukar dengan set nisbah gear pendek (short ratio) M’s Factory yang menggunakan nisbah akhir 3.4.

Dari segi pengendalian pula, CR-X ini diubahsuai dengan penyerap hentak boleh laras Tein Flex dan lower arm belakang Skunk2 pada bahagian belakang. Tayar-tayar daripada Dunlop Sport bersaiz 195/50 membaluti rim-rim Volk Racing TE37 berdiameter 15 inci yang banyak membantu CR-X ini terus melekat di atas jalan raya.

mekanika - CRX (6)

Kalau tengok bab penampilan, CR-X ini memang bersih dan kemas – tanda restorasi yang sempurna. Pada bahagian luaran, CR-X ini mengekalkan ciri-ciri standard kilang tanpa sebarang modifikasi.

Bahagian dalamannya pun boleh dikatakan sama, cuma ada penambahan beberapa aksesori yang membuatkan kereta itu lebih istimewa. Aksesori jenis bolt-on melibatkan stereng Momo, tombol gear Skunk2 dan pedal pendikit Mugen. Satu set meter jenama  Defi juga dipasang pada papan pemuka yang memberi bacaan tekanan pelincir, suhu air dan suhu pelincir.

Nasihat saya kepada pemilik-pemilik CR-X EF8 ori, simpan kereta itu baik-baik. Jangan nak merempit lagi dan modified jangan over. Nilai kereta anda ada potensi jadi macam AE86…

[hr top]

Spesifikasi

Pembuat / Model: Honda CRX EF8 

Enjin Asal: B16A 16000cc DOHC VTEC

Ubah suai enjin: B16B 1600cc DOHC VTEC Type-R, manifold kemasukan Skunk2, throttle body Super 90, penapis udara Mugen, wire tuck, hos silikon Samco, radiator aluminium

ECU: Cip ECU Skunk2, A’PEXi V-AFC

Sistem ekzos: Manifold spec JASMA 4-1, paip tengah custom, peredam bunyi J’s Racing

Kotak gear: Standard B16B, klac Ogura Super Single, nisbah gear pendek 3.4 M’s Factory

Sistem Gantungan: Tein Flex, lower arm belakang Skunk2

Sistem Brek: Standard EF8

Rim / Tayar: Volk Racing TE37 15” / Dunlop 195/50

Luaran: Standard EF8

Dalaman: Standard EF8, stereng Momo, tombol gear Skunk2, pedal pendikit Mugen, meter Defi 3 serangkai

[hr]
Gallery
[hr_invisible]

mekanika - CRX (8)mekanika - CRX (9)mekanika - CRX (10)mekanika - CRX (11)mekanika - CRX (12)mekanika - CRX (13)mekanika - CRX (14)mekanika - CRX (15)mekanika - CRX (16)mekanika - CRX (17)mekanika - CRX (18)mekanika - CRX (19)mekanika - CRX (20)mekanika - CRX (21)mekanika - CRX (22)mekanika - CRX (24)mekanika - CRX (25)mekanika - CRX (26)mekanika - CRX (27)mekanika - CR-X (slider)

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button