Buletin

SDAC PERKENAL EKSPRESI JENAMA BAHARU UNTUK FORD RANGER

Sime Darby Auto ConneXion (SDAC), pengedar tunggal kenderaan Ford di Malaysia hari ini memperkenalkan jenama positioning baharu – Live the Ranger Life (Jalani Kehidupan dengan Ford Ranger) bagi meraikan evolusi Ranger menjadi sebuah trak pikap moden pada hari ini.

Intipati jenama baharu itu merangkumkan nilai dan persona Ranger yang telah mengalami transformasi sejak dahulu, daripada sebuah trak untuk tujuan kerja kepada kenderaan yang mampu memenuhi setiap keperluan dan pilihan gaya hidup semua kelompok pelanggannya.

“Live the Ranger Life merupakan satu ekspresi tepat dalam menunjukkan bagaimana Ranger bukan sekadar kenderaan utilitarian. Malah, ia kini menjadi peneraju sebagai sebuah trak yang versatil dan premium. Trak pikap ini dibeli atas sebab gaya hidup dan keinginan orang ramai untuk memilikinya,” kata Pengarah Urusan Sime Darby Auto ConneXion, Turse Zuhair.

Lima elemen utama yang memacu prinsip dalam mengekspresi gaya hidup dan semangat “Live the Ranger Life” dihasilkan menerusi satu kaji selidik pelanggan di peringkat global yang dijalankan oleh Ford di semua pasaran.

“We Make Our Own Fun” (keseronokan memandu dan menjalani kehidupan), “Up and Over” (meredah cabaran), “Bring Others Along the Journey” (keluarga dan rakan-rakan), “Can’t Help but Help” (membantu orang lain) dan “Carve Our Own Path” (menjadi berani dan hidup tanpa kerisauan).

“Lima nilai ini menyerlahkan tentang cara pemilik dan mereka yang ingin memiliki Ranger menjalani kehidupan mereka. Mereka sentiasa terbuka terhadap pengalaman baru. Mereka tidak takut mendepani cabaran, bukan sahaja di atas jalan atau off-road, malah dalam kehidupan seharian. 

“Mereka juga sentiasa mencari jalan untuk menyumbang kembali kepada komuniti dan menyokong golongan yang memerlukan,” tambah Zuhair.

Bagi meningkatkan fokus kepada aspek gaya hidup, SDAC kini bersedia untuk melancarkan kedai Lifestyle Ford Merchandise (Barangan Gaya Hidup Ford) dalam laman web e-dagang miliknya.

Bagi menawarkan pengalaman pembelian yang lancar, pelanggan boleh melihat barangan-barangan yang ditawarkan dan membuat pembelian secara atas talian dengan cara pembayaran yang diingini seperti perbankan dalam talian, kad debit dan kredit atau e-dompet pada bila-bila masa, di mana-mana sahaja. Pembeli juga boleh memilih untuk menghantar barangan ke destinasi yang diingini.

Satu lagi program menarik yang pertama dalam segmen trak pikap tempatan bakal dilancarkan dalam beberapa bulan lagi, nantikan maklumat lanjut sedikit masa lagi.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang bagaimana anda boleh Live the Ranger Life dan menerima tawaran terkini di bawah ekspresi jenama baharu ini, sila layari laman web www.sdacford.com.my  atau ikuti Facebook, Instagram dan saluran YouTube Ford Malaysia.

Google ads
Back to top button