
MERCEDES-BENZ A-CLASS SEDAN CKD. 2 VARIAN. BERMULA RM219,888
Mercedes-Benz Malaysia (MBM) hari ini melancarkan A-Class Sedan pemasangan tempatan (CKD) di Malaysia.
Harga dan varian adalah seperti berikut:
- A 200 Progressive Line – RM219,888
- A 250 AMG Line – RM249,888
Percaya atau tidak, pengguna di Malaysia masih gemarkan model sedan, biarpun segmen SUV dilihat semakin berpengaruh di seliruh dunia. Sebab itulah MBM mengambil keputusan untuk memasang A-Class Sedan di kilangnya di Pekan, Pahang.

Sebagai sebuah sedan, A-Class ini menawarkan ruang belakang yang lebih luas. Ruang but pula seluas 420 liter yang direka agar lebih praktikal. Ruang kepala bagi penumpag belakang pula mencecah 944mm.
Varian A 200 Progressive Line menggunakan khidmat enjin bersesaran 1.33 liter turbo yang mampu menjana kuasa 163hp dan tork 250Nm. Manakala A 250 AMG Line dipasang dengan enjin 2.0 liter yang lebih berkuasa iaitu 224hp dan tork 350Nm.
Kedua-dua enjin itu kemudian dipadankan dengan kotak gear automatik 7-DCT dan sistem DYNAMIC SELECT untuk pemanduan lebih mantap.

Anda boleh memilih antara warna putih, hitam, kelabu, perak dan biru dengan kemasan gentian karbon untuk A 200 Progressive Line. Sementara A 250 AMG Line menerima kemasan aluminium linear-grain.
Bahagian kabin A-Class Sedan mengekalkan rekaan yang moden dan avanyt-garde. Ruang tersebut diserlahkan dengan sistem multimedia MBUX yang merangkumi skrin paparan media dan indtrumen digital bersaiz 10.25 inci.
Dari segi keselamatan, sedan tersebut dilengkapi diri PRE-SAFE. Di samping sistem brek bantuan aktif, bantuan parki, kamera undur, TPMS serta kawalan jelajah dengan SPEEDTRONIC.
Menerusi pelan pembiayaan Step Up Agility, anda boleh memiliki sebuah A 200 Progressive Line dengan bayaran bermula RM1,688 sebulan dan RM2,088 bagi A 250 AMG Line.
- BACA: INILAH 5 HATCHBACK YANG TIDAK PATUT JADI KERETA SEDAN
- BACA: KERETA-KERETA PALING AERODINAMIK YANG BOLEH ANDA BELI PADA MASA KINI
- BACA: MERCEDES-BENZ MAHU FOKUS KEPADA JENTERA MEWAH. MODEL MURAH MARGIN KECIL
- BACA: MERCEDES-BENZ A-CLASS GENERASI BARU – 2 VARIAN, SISTEM MULTIMEDIA MBUX, BERMULA RM227,888
GALERI