
SEAT IBIZA 2026 – PILIHAN HATCHBACK YANG MESRA POKET
Ternyata model hatchback SEAT Ibiza merupakan antara model yang turut mendapat perhatian global. Mula diperkenalkan pada tahun 1984, ia telah mencatatkan lebih 6 juta jualan selama lima generasi. Kini SEAT bersedia memberikan rupa baharu terhadap model yang menjadi idaman buat mereka yang lebih idamkan sebuah model hatchback mesra poket untuk golongan muda.
Tiga faktor utama terhadap SEAT Ibiza baharu ini menjadi teras dengan luaran yang disegarkan, dalaman yang diperhalusi dan proposisi nilai yang diperkukuh yang menjadikan Ibiza lebih menarik berbanding sebelum ini.

SEAT Ibiza baharu ini yang diklangkan di Martorell, Barcelona Sepanyol ini telah diberikan reka bentuk gril heksagon baharu yang digabungkan dengan jaringan berbentuk berlian ikonik dalam kemasan matt.
Lampu hadapan LED penuh baharu yang lebih ramping menekankan lebar kereta sambil mentakrifkan semula ekspresi bahagian hadapan. Rekaan bampar juga telah diolah semula untuk tampil lebih sporty dan praktikal dengan terdapat dua laluan udara di kiri dan kanan serta bahagian bawah bampar membolehkan lebih banyak udara sejuk disedut masuk ke ruangan enjin.

Bahagian belakang juga menerima sentuhan baharu membabitkan bampar yang tampil lebih segar dan sporty dan terdapat dua corong ekzos berkembar kiri dan kanan. Lampu belakang LED sepenuhnya kini digunakan Penampilan luaran juga disegarkan dengan padanan pilihan rim baharu diantara saiz 17 dan 18 inci.
Bahagian kabin menampilkan tempat duduk bucket yang sporty menggunakan fabrik serta stereng yang dibalut kulit premium. Di tengah konsol terdapat paparan sistem infohiburan terapung bersaiz 8 inci, manakala Digital Cockpit pula menggunakan paparan bersaiz 10.25 inci.

Walau pun ianya adalah sebuah model hatchback, namun ruang bagasi belakang masih berupaya membawa barangan keperluang sehingga 355 liter, terbaik dalam segmennya.
Untuk pilihan trenkuasa, SEAT menawarkan pilihan seperti
- Enjin 3 silinder 1.0 MPI 80 PS dengan kotak gear manual 5 kelajuan
- Enjin 3 silinder 1.0 TSI 95 PS dengan kotak gear manual 5 kelajuan
- Enjin 3 silinder 1.0 TSI 115 PS dengan kotak gear manual 6-kelajuan atau DSG 7-kelajuan
- Enjin 4 silinder 1.5 TSI 150 PS dengan kotak gear DSG 7 kelajuan
Dengan mod pemanduan boleh dipilih diantara Eco, Normal, Sport & Individual pastinya akan mengujakan pemandu untuk memandu hatchback yang lincah ini.
BACA : SEAT IBIZA – HATCHBACK KOMPAK YANG JARANG KITA DENDANG


