Artikel Pilihan

SEAT IBIZA – HATCHBACK KOMPAK YANG JARANG KITA DENDANG

BK perasan satu perkara, jenama SEAT ini jarang sangat diperkatakan dalam Mekanika ini. Walhal, pembuat yang berasal dari Sepanyol ini tidaklah kodi mana. SEAT atau nama penuhnya Sociedad Española de Automóviles de Turismo merupakan pengeluar kenderaan yang berpangkalan di Martorell, Sepanyol dan kini bernaung di bawah Volkswagen Group semenjak dari tahun 1985 ini. Dan SEAT sebenarnya mempunyai sebuah model kompak yang cukup penting buat mereka, Ibiza.

SEAT Ibiza ini merupakan model yang mula diperkenalkan semenjak tahun 1984 lagi bersempena dengan nama Pulau Ibiza sendiri yang terletak di perairan Mediterranean. Dan model yang dipaparkan ini merupakan versi terbaharu 2021/2022 yang berasal daripada model generasi kelima SEAT Ibiza ini.

Sekali imbas, melihatkan reka bentuk dan dimensi saiz SEAT Ibiza ini mengingatkan kita akan beberapa model daripada Volkswagen sendiri. Tidak salah sekiranya berfikiran demikian kerana ianya menggunakan pelantar yang sama daripada MQB A0, yang mana model seperti Volkswagen Polo dan Audi A1 turut berasal daripada pelantar yang sama.

Tapi sebenarnya dari segi rekaan luaran SEAT Ibiza ini cukup cantik dan agak sporty terutmanya jika dilihat dari sudut tepi, garisan dihadapan dan garisan belakang yang saling melintasi diantara satu sama lain. Rekaan bahagian hadapan juga sebenarnya kelihatan agak sporty dengan perumah lampu utama LED berbentuk segitiga. Begitu juga dengan lampu di bahagian belakang yang turut menggunakan LED. Perkataan Ibiza juga terpampar di bahagian bonet belakang di bahagian tengah, lari daripada kebiasaan pembuat yang lain meletakkan nama kereta di sudut tepi.

Ruang kabin model hatchack kompak ini kelihatan agak minimalis pada rekaan papan pemuka. Tempat duduknya pula dibalut dengan Microsuede Upholsteri dengan stitching berwarna merah bagi menampakkan tona kontra. Pada panel pintu juga turut dipasangkan dengan lampu ambient. Sistem hiburannya pula menggunakan skrin sesentul bersaiz 8.25 inci konsol tengah yang turut dilengkapi dengan sambungan Apple Car Play dan juga Android Auto. Turut tersedia mode kawalan suara yang boleh diaktifkan dengan mengungkap Hola Hola. Dan bagi menyedapkan halwa telinga, sistem bunyi dengan enam speaker berserta 10 inci subwoofer daripada Beats by Dr. Dre turut ditawarkan sebagai pilihan.

Duduk di b awah bonet, terdapat enam pilihan trenkuasa kepada pengguna meliputi lima enjin petrol dan sebuah lagi menggunakan CNG (compressed natural gas). Pilihan enjin petrol pula boleh dipilih diantara enjin 1.0 liter dan 1.5 liter. Dan untuk lebih kuasa, sudah tentu pilihan enjin 1.5 liter EcoTSI yang mampu menghasilkan kuasa maksimum 150 PS dan 250 Nm.

SEAT Ibiza turut menampilkan beberapa ciri yang tidak kurang hebat seperti Electronic Stability Control, Adaptive dan juga Cruise Control. Tapi paling menarik, SEAT Ibiza ini turut menggunapakai sistem pemanduan sendiri daripada Volkswagen, Travel Assist. Boleh adaptasi terus daripada sistem yang dibangunkan Volkswagen. Tak perlu nak habis duit bangunkan sistem yang mahal ini. Dan tahukah bahawa harga untuk SEAT Ibiza ini boleh dikategorikan sebagai agak murah juga, lebih kurang £20,000 (RM115,325) untuk varian paling tinggi.

BACA : CUPRA FORMENTOR – WOW JUGA SUV COUPE INI KAN

BACA : SEAT RAIH UNTUNG TERTINGGI DALAM SEJARAH 6 DEKAD (AHLI KUMP. VW)

Google ads

B K

Back to top button