SHELL BATAL CAJ TAMBAH NILAI KAD TNG DI 27 BUAH STESEN DI LEBUH RAYA UTARA SELATAN
Shell Malaysia baru-baru ini mengumumkan bahawa ia akan membatalkan caj tambah nilai kad Touch ’N Go sebanyak 50 sen di 27 buah stesen minyaknya di sepanjang lebuh raya Utara Selatan.
“Shell memahami cabaran yang perlu dihadapi oleh pengguna yang terpaksa berdepan kos sara hidup yang semakin tinggi. Kami tahu memang sukar untuk menyimpan wang kerana harus memenuhi keperluan asasi seperti makanan, pengangkutan, utiliti dan pendidikan.
“Keadaan ini membuatkan Shell ingin membantu. Dengan membatalkan caj tambah nilai kad Touch ’N Go sebagai permulannya akan meringankan sedikit beban pelanggan ketika mengisi minyak atau mengharung perjalanan jauh,” kata Pengarah Urusan Shell Malaysia Trading, Shairan Huzani Husain.
Shell Malaysia sentiasa mencari jalan untuk memberi ganjaran kepada para pelanggannya. Sepanjang tahun 2019, Shell Malaysia telah melancarkan beberapa kempen yang menawarkan pelbagai hadiah seperti kereta dan poin keseiaan.
Pada September, 3 buah BMW X3 xDrive30i Luxury menjadi hadiah kempen Win 3 BMW X3. Sementara kempen ‘Nak Ekstra 20,000?’ yang berlangsung sekarang hingga 9 Februari 2020 memberi peluang kepada rakyat Malaysia memenangi hadiah mingguan berupa wang tunai RM20,000 dan 20 hadiah saguhati sebanyak RM1,000.
Maklumat lanjut mengenai kempen Shell, sila layari laman web: www.shell.com.my