Buletin

TAWARAN HEBAT BMW & MINI SEMPENA CNY. REBAT TUNAI SEHINGGA RM22K

BMW Group Malaysia meraikan sambutan Tahun Baru Cina dengan pelbagai tawaran menarik, rebat tunai dan pembiayaan yang meliputi pelbagai model  BMW serta MINI di semua wakil pengedar bertauliah di seluruh negara.

Mulai hari ini sehingga 31 Mac 2020, pemilik BMW baharu bakal menikmati faedah pembiayaan menarik yang dengan kadar faedah serendah 1.38 peratus bagi model BMW 530e M Sport. Manakala bagi model -model seperti BMW 330i M Sport, BMW 530i M Sport, BMW 520i Luxury, BMW 740Le xDrive LCI, BMW 630i GT, BMW X1 sDrive20i, BMW X3 xDrive30i Luxury dan BMW X3 xDrive30i M Sport pula hadir dengan kadar faedah cuma 1.88 peratus.

Sepanjang tempoh ini, pemilik baharu BMW 330i M Sport juga diberikan Program BMW Ultimate Protection Programme selama setahun secara percuma. Ini merupakan pelan insurans yang pertama seumpamanya yang menawarkan perlindungan ke atas pemilik dan kereta BMW mereka. 

Pelanggan model-model lain akan menikmati tawaran sama, dengan manfaat tambahan berupa perlindungan percuma Insurans Komprehensif BMW selama setahun. zpembelian BMW 530e M Sport atau BMW 740Le xDrive LCI pula membolehkan pelanggan pulang dengan BMW i Wallbox serta kad BMW ChargeNow secara percuma. 

MINI Malaysia turut menyediakan tawaran menarik sempena CNY. Sehingga 31 Mac 2020, pelanggan MINI akan menikmati pembiayaan ansuran bulanan bermula RM2,388 dan rebat tunai di antara RM8,000 hingga RM22,000 bagi model-model MINI terpilih.

Jemputan eksklusif ke MINI Track Driving Experience juga akan diberi kepada 20 orang pemilik pertama MINI 3 Door atau MINI 5 Door sepanjang kempen ini berlangsung.

Maklumat lanjut, sila layari laman web: www.bmw.com.my atau www.mini.my

Google ads
Back to top button