Buletin

SKODA FABIA 130 RS – MODEL KHAS DENGAN DNA RALI. BOLEH BERLUMBA TERUS KOT LEPAS NI

Skoda Fabia ini sememangnya cukup dikenali dan digemari oleh peminat sukan permotoran, rali khususnya. Dan Skoda terus mengangkat martabat model Fabia ini apabila memperkenalkan versi yang lebih berinspirasikan sukan permotoran serta mampu menawarkan lebih kuasa dengan respon yang pantas, inilah dia Skoda Fabia 130 RS.

Sejak sekian lama, jenama Fabia ini telah menjadi antara model yang laku keras dalam katalog jualan Skoda, manakala versi rali, Skoda Fabia RS Rally2 pula sememangnya diakui sebagai sebuah jentera yang laju dan telah menjadi juara dunia dalam kelasnya. Ternyata Jurutera di Mladá Boleslav ada jawapannya, Škoda Fabia 130 baharu yang membawa DNA rali ke dalam rangkaian pengeluaran produksi massa Fabia.

Dihasilkan berdasarkan model Fabia Monte Carlo, Fabia 130 ini sememangnya untuk mereka yang inginkan sebuah model kereta hatchback yang mampu memberikan rasa jiwa kelajuan tersebut. Perubahan paling ketara terletak di bawah bonet: enjin petrol 1.5 TSI telah ditala untuk memberikan tambahan 20 kW, mencapai jumlah output 130 kW.

Tork maksimum kekal pada 250 Nm tetapi kini tersedia dalam julat putaran yang lebih luas. Enjin ini mempunyai watak yang lebih tajam, menawarkan fleksibiliti jarak pertengahan yang lebih baik dan tindak balas pendikit yang lebih pantas.

Selain itu, transmisi DSG tujuh kelajuan juga telah dipertingkatkan untuk memberikan lebih responsif. Dengan keupayaan dinamik yang baru diperolehnya, Fabia 130 ini berupaya memecut dari 0 hingga 100 km/j dalam 7.4 saat dengan kelajuan maksimum adalah 228 km/j sekali gus menjadikan ianya dalah model Fabia yang terpantas dalam sejarah pengeluarannya.

Model Skoda Fabia 130 RS ini masih lagi mengekalkan ciri kerendahan casis sebanyak 15 mm bagi memberikan kestabilan dan ketepatan yang diperlukan.

Skoda Fabia RS ini juga Fabia 130 menawarkan pilihan untuk menyahaktifkan sistem kawalan cengkaman ASR, membolehkan pemandunya meneroka had cengkaman tayar. Sebagai alternatif, mod ASR Sport membenarkan model ini untuk campur tangan kemudian daripada sistem kestabilan ESC. Barulah terasa seperti model lumba sebenar, sama ada pemanduan di jalan raya mahu pun di atas litar.

Pada bahagian luara, Skoda turut memberikan tumpuan dengan sambungan baharu pada bampar hadapan, spoiler belakang serta roda aloi Libra 18 inci dengan kemasan gelap.

Bahagian kabin menampilkan tempat duduk sport bucket dengan tempat rehat kepala bersepadu serta terdapat kemasan plak Fabia 130 untuk menyatakan betapa istimewanya model ini.

Model ini yang dikeluarkan juga bersempena dengan kehandalan model Skoda Fabia RS Rally2 ini dijangka mula dijual pada Disember nanti dengan unit yang terhad sahaja akan dibina.

BACA : SKODA FABIA MONTE CARLO BAHARU – LEBIH LAWA DAN LEBIH LAJU

BACA : SKODA MOTORSPORT MENERUSKAN LAGI PEMBANGUNAN SKODA FABIA RS RALLY2. BIAR LAGI LAJU KATANYA

Google ads

B K

Back to top button