Artikel Pilihan

SKODA FABIA MONTE CARLO BAHARU – LEBIH LAWA DAN LEBIH LAJU

Memandangkan Skoda telah pun melancarkan model cari makan mereka, Skoda Fabia generasi keempat sebelum ini, maka selayaknya juga Skoda memperkenalkan varian terbaharu berdasarkan pelantar MQB-A0 yang turut berkongsi model Volkswagen Polo. Dan inilah dia Skoda Fabia Monte Carlo.

Sebagai sebuah model cari makan, sudah tentu Skoda Fabia ini dianggap sebagai antara model penting dalam rangkaian pengeluaran kenderaan milik Skoda. Dan seperti biasa, Skoda telah memberikan pengenalan varian Monte Carlo terhadap generasi keempat Fabia ini.

Bagi membezakan Skoda Fabia Monte Carlo dengan model standard, ianya kini menggunakan gril Skoda berwarna hitam serta lip apron berwarna hitam bagi menampilkan ciri sporty di bahagian hadapan dan sisi kereta. Melengkapkan penampilan rupa badan kereta hatchback ini adalah diffuser berwarna hitam. Penggunaan rim Procyon berwarna hitam berdiameter 17 inci turut menyerlahkan lagi penampilan sporty model Skoda Fabia Monte Carlo ini. Begitu juga dengan bahagian bumbung yang turut dilayangkan warna hitam bagi memberikan kontra terhadap warna badan kereta.

Bahagian kabin Skoda Fabia Monte Carlo ini turut menampilkan ciri elegan dengan tona warna gelap sambil disulami beberapa kemasan berwarna merah bagi memberikan tona warna berbeza. Stereng tiga batang berbentuk sporty yang dibalut kulit yang turut senada dengan tempat duduk bucket. Menarik juga diperhatikan apabila model ini turut menggunakan Virtual Cockpit yang bersaiz 10.25 inci bagi memaparkan info penting berkaitan kereta. Manakala untuk sistem infohiburan, ianya menggunakan skirn bersaiz 9.2 inci yang mana salah satu fungsi penting eCall yang akan menghubungi bantuan kecemasan sekiranya kerea terlibat dengan kemalangan.

Skoda menawarkan dua pilihan trenkuasa untuk Fabia Monte Carlo ini dipilih, termasuklah pilihan enjin baharu empat silinder 1.5 TSI yang mampu menghasilkan kuasa maksimum 150 PS serta dipadankan dengan kotak gear DSG tujuh kelajuan.

Ciri keselamatan juga tidak kalah apabila telah dipasangkan sembilan beg udara meliputi tempat duduk penumpang di hadapan serta keliling. Maka tidak hairan sekiranya Fabia Monte Carlo ini menerima penarafan lima bintang untuk Euro NCAP.

Sebenarnya asal usul varian model Monte Carlo ini ada hubung kaitnya dengan kejayaan model Skoda Popular pada tahun 1936 di Monte. Kemudiannya beberapa puluhan tahun kemudian pada 1977 kejayaan Skoda 130 RS pula menyusul di lokasi yang sama.

Dan sehingga ke hari ini, telah wujud varian Monte Carlo ini merentasi pelbagai model seperti Skoda Citigo Monte Carlo, Skoda Yeti Monte Carlo, Skoda Rapid Monte Carlo, Skoda Scala Monte Carlo serta Skoda Kamiq Monte Carlo.

BACA : SKODA FABIA GENERASI BAHARU – LEBIH BESAR DAN LEBIH SELAMAT

BACA : ŠKODA FABIA COMBI MONTE CARLO 2019 – WAGON KOMPAK ELEGAN

Google ads

B K

Back to top button