Artikel Pilihan

SKODA MOTORSPORT MENERUSKAN LAGI PEMBANGUNAN SKODA FABIA RS RALLY2. BIAR LAGI LAJU KATANYA

Apabila menyebut tentang model yang bersaing dalam kelas WRC2, sudah tentu kita mudah untuk terbayangkan akan satu model yang cukup sinonim, Skoda Fabia. Daripada model S2000 sehinggalah ke generasi terkini Skoda Fabia RS Rall2, memang inilah model yang kerap kali menaiki podium. Malah, gelaran juara WRC2 juga turut diraih melalui model yang cukup terkenal ini.

Namun sesebuah jentera rali itu sentiasa memerlukan kerja – kerja Pembangunan yang berterusan. Dan itulah yang dilakukan oleh pasukan Škoda Motorsport terhadap model Škoda Fabia RS Rally2. Walaupun baru memasuki musim kedua penggunaan penuh secara kompetitif, Skoda Motorsport terus meningkatkan beberapa bahagian individu jentera ini demi untuk memastikan kelajuan dan ketahanannya berada pada tahap yang terbaik. Pemandu ujian Oliver Solberg dan Erik Cais baru sahaja menguji pengubahsuaian pada penyerap hentak, kotak gear dan aerodinamik kereta di Scandinavia dan Portugal.

Pun begitu, menurut Aleš Rada selaku Pengarah Teknikal Škoda Motorsport mereka sebenarnya masih lagi terikat dengan peraturan homologasi yang pertu dipatuhi dan mereka tidak boleh sewenangnya menukar komponen teknikal. Hanya bebeapa bahagian jentera Rally2 ini sahaja yang boleh diubahsuai dan mereka perlu mengemukakan permohonan lanjutan homologasi terhadap jentera.

Sebarang perubahan besar yang menghasilkan evolusi jentera yang lebih meluas mesti dihomologasikan sebagai Erratum Joker atau pun juga dikenali sebagai Joker. Untuk tempoh dua tahun pertama selepas selesai proses homologasi, hanya tiga Joker sahaja dibenarkan dan dua lagi digunakan atas faktor keselamatan dan juga ketahanan. Dan jentera Skoda Fabia RS Rally2 ini masih lagi mempunyai beberapa Joker untuk digunakan kelak.

Menurut Aleš Rada, perancangan berikutnya adalah untuk pembangunan kotak gear dengan gear ratio yang lebih Panjang, demi memastikan jentera rali mereka ini kekal laju dan menamatkan saingan di hadapan pesaing yang lain.

Maka Oliver Solberg telah ditugaskan untuk menguji pakej aerodinamik dan ratio kotak gear yang baharu di Sweden dengan permukaan bersalji. Manakala Erik Cais pula memandu di Portugal dengan permukaan gravel untuk menguji penyerap hentak baharu.

Dan jikalau melihatkan beberapa prestasi semasa yang ditunjukkan beberapa pemandu yang memandu jentera ini, rasanya musim ini pasti akan menjadi milik Skoda Fabiar RS Rally2 sekali lagi.

BACA : ADA APA DENGAN SKODA FABIA RS RALLY2 INI?

BACA : PEMANDU INDONESIA BELI SKODA FABIA RALLY2 EVO – WOW!

Google ads

B K

"
"
Back to top button