BuletinPeranti

SKRIN SAMSUNG GALAXY FOLD RETAK DISEBABKAN PENGGUNA

Samsung dalam satu kenyataan hari ini memberitahu bahawa mereka akan menunda tarikh pelancaran Galaxy Fold – telefon pintar flagship dengan skrin canggih bolehlipat pertama di dunia.

Ia berikutan masalah kerosakan skrin yang dihadapi di pasaran AS di mana penangguhan pelancaran tersebut tidak diberitahu sehingga ke tarikh yang ditetapkan.

Menurut laporan awal hasil siasatan Samsung mendapati kerosakan pada skrin tersebut berpunca dari “kesan pendedahan bahagian bawah dan atas skrin yang disebabkan komponen egsel”

Mereka juga menemui “alatan” dalam peranti yang mungkin mempengaruhi telefon pintar ini secara keseluruhan.

Namun yang demikian, Samsung percaya, kerosakan skrin tersebut berpunca dari kecuaian pengguna sendiri di mana pengguna telah menanggalkan lapisan pelindung skrin kerana menyangkanya sebagai pelindung plastik pakai-buang seperti yang terdapat pada telefon biasa.

Menurut Samsung, pelindung kaca tersebut adalah sebahagian dari komponen tetap pada peranti yang melindungi skrin telefon tersebut.

Menurut laporan pengguna yang telah mencuba versi awal telefon ini, mereka tidak diberikan panduan jelas – misalnya amaran untuk tidak membuka pelindung tersebut hanya ada pada nota panduan. Ia sepatutnya dilekatkan sekali pada skrin tersebut kerana amalan biasanya ialah pelindung plastik adalah peralatan standard pada mana-mana telefon pintar yang dikeluarkan dari kotak pembungkusannya.

“Kami juga akan memperbaiki panduan mengenai penjagaan dan penggunaan paparan termasuk lapisan pelindung,” kata Samsung dalam satu kenyataan hari ini

Selain Samsung, syarikat telekomunikasi gergasi China Huawei dan Xiaomi juga sedang membangunkan telefon pintar bolehlipat masing-masing namun belum mengumumkan tarikh pelancaran mereka.

Google ads
Back to top button