Artikel PilihanBuletin

SIMULASI GRAND PRIX F1 VIETNAM. BAYANGAN REALITI LITAR HANOI

Rancangan untuk meletakkan Vietnam pada kalendar Formula 1 pada tahun 2020 semakin menjadi realiti. Wakil dari Asia Tenggara ini dikatakan telah lama berada di bawah radar pemilik F1 Liberty Media. Litar perlumbaan baru tersebut terletak 12 kilometer di barat Hanoi.

Vietnam akan menjadi tuan rumah Formula Satu bermula pada tahun 2020

BACA: VINFAST, KERETA NASIONAL VIETNAM

Pengarah perlumbaan F1, Charlie Whiting memberitahu bahawa litar akan sebahagiannya berada di jalan raya, tetapi juga akan menampilkan bahagian baru yang dibina khusus untuk perlumbaan.

“Trek utamanya adalah di jalanraya, tetapi terdapat satu bahagian lagi yang belum dibina,” jelasnya.

“Di tapak terbuka itu nanti bangunan pit akan dibina.

Semalam, perekabentuk litar Hermann Tilke telah mendedahkan video yang membayangkan keadaan sebenar litar di Hanoi sepanjang 5.5km itu.

Litar ini diinspirasikan daripada gabungan beberapa buah trek terbaik dunia iaitu Nurburgring, Suzuka dan litar jalan awam Monaco.

Tags
Google ads
Back to top button