BuletinMotosikal

SKUTER 3 RODA ADIVA AD3 400 DILANCARKAN. RM38,800

Adiva Distribution (M) Sdn. Bhd. Pemegang hak edaran bagi jenama Adiva untuk Malaysia telah melancarkan skuter tiga roda pertama Adiva ke pasaran tempatan.

Model AD3-400 dipertaruhkan oleh jenama baru ini untuk mengintai peluang pasaran yang ada di Malaysia. dan menurut pihak Adiva Distribution, mereka mempunyai 15 pengedar sah yang telah dilantik di seluruh negara untuk memasarkan produk unik mereka.

Ia mungkin sesuatu yang baru untuk pasaran tempatan. Idea membawa masuk jenama dari Itali ini mungkin satu perjudian berani oleh pengedarnya. Seperti yang kita ketahui, pasaran motosikal dengan konsep begini sangat kecil, sama seperti Piaggio MP3 tak lama dahulu.

Jenama premium seperti Can-Am menerusi model Spyder juga akhirnya gulung tikar.

ADIVA AD3-400

Ini produk unik kerana pasaran ini pernah menyaksikan pelbagai percubaan pengeluar dari pelbagai jenama.

Adiva percaya mereka ada teknologi terbaik di pasaran skuter tiga roda. Sistem suspensi skuter ini berbeza dengan yang lazim

Adiva menggelarnya suspensi Independent Quatro Wishbone yang mana ia mengekalkan deria pengendalian yang hampir sama dengan sebuah motosikal.

Mungkin yang paling unik ialah rekaan “bumbung” yang boleh melindungi penunggang dari panas dan hujan. Menariknya, bumbung ini boleh dilipat dan disimpan dalam ruang belakang. Ruang belakang juga berfungsi sebagai tempat simpanan barang yang boleh memmuatkan sebuah beg bersaiz kabin.

Adiva AD3-400 ini dikuasakan oleh enjin 400cc selinder tunggal sejukan cecair 37hp.

Harga jualan yang disyorkan ialah;

Adiva AD3 400 – RM 38,800 tanpa sport rim
Adiva AD3 400 – RM 40,450 dengan sport rim

Google ads
Back to top button