BuletinMotosikal

MODIFIKASI MOTOSIKAL DENGAN MOTOR ELEKTRIK. MUSTAHIL? TIDAK!

Motosikal yang bergerak dengan kuasa elektrik bukanlah sesuatu yang baru. Ia mungkin tidak meluas, tetapi di China, skuter berkuasa elektrik hampir menjadi majoriti pengangkutan kecil di sana. 

Motosikal Dan Enjin Nasional (MODENAS) juga pernah menghasilkan motosikal pemacu elektrik pada sekitar 2013 – C-Tric. Saya masih ingat ia ditayangkan dalam satu pameran auto di Ibu Kota dan dilancarkan tak lama selepas itu.

Ia menjadi motosikal pertama di sini yang menggunakan penggerak motor elektrik sepenuhnya. Namun, tiada pembangunan lanjutan dan disebabkan akriviti lepas jualannya yang sendu, projek ini terpaksa ditamatkan beberapa tahun selepas itu.

Di India, seorang pengguna facebook telah berkongsi teknologi rekaannya dalam laman sosial ‘Indian Stuff’. Ia adalah sebuah Motosikal naked kecil, Hero yang diubahsuai menggunakan motor elektrik tunggal.

Tiada spesifikasi didedahkan, namun jika melihat pada foto yang dikirim, motosikal ini digerakkan menggunakan rantai asal, sebuah motor elektrik yang dijana oleh sebuah bateri kenderaan empat roda (yang berkemungkinannya dari sebuah Lori.

Enjin asal motosikal ini telah dikeluarkan terus dan disebabkan rekaan kerangka begini, ia mempunyai ruang yang banyak.

Ini mungkin rekaan yang sangat asas. Tiada indikator paras kuasa bateri, tiada pod pengecasan dan kami rasa, ia dicas semula menggunakan kaedah konvensional menerusi terminal bateri dan kabel.

Apa juga tujuannya, ia membuktikan bahawa modifikasi begini adalah idea yang bijak. Ya. Mungkin motosikal anda tersadai dan nak membaikinya memerlukan kos yang tinggi.

Secara teknikalnya, motosikal-elektrik jauh lebih ringkas dan murah.

Menarik kan?

 

Google ads
Back to top button