Artikel Pilihan

WAK TEMPE MENANG SEPANG 1,000 KM 2018

Nama Fariqe Hairuman sedikit tenggelam sejak akhir – akhir ini dalam dunia perlumbaan. Sesungguhnya beliau sibuk dengan tugasan memasak di Dapur Wak Tempe. Walau pun lebih kerap memegang senduk daripada stereng, namun keupayaan Fariqe sememangnya tidak dapat disangkal lagi. Nama Fariqe Hairuman dan rakan pemandu Syafiq Ali berjaya mengharumkan nama pasukan Proton R3 apabila berjaya menjuarai perlumbana lasak, Sepang 1,000 km dengan memandu kereta lumba Proton Iriz.

BACA : ALKISAH FARIQE HAIRUMAN – APA KHABAR WAK TEMPE?

BACA : INI BUKTI PROTON R3 MASIH BEROPERASI, LAWA SUNGGUH 2 MODEL INI!

Dalam perlumbaan yang sengit yang berlangsung selama hampir sembilan jam, gandingan Fariqe / Syafiq ini berjaya melintasi garisan penamat terlebih dahulu pada perlumbaan yang memasuki edisi keempat penganjurannya. Kejayaan ini juga membuktikan kehandalan pasukan Proton R3 yang pernah mengungguli saingan sebanyak empat kali melalui kereta Neo, Prevé , Suprima S dan yang terkini Iriz.

Menurut Fariqe, beliau yang bermula pada grid kedua berjaya memintas dan mendahului pelumba yang lain pada selekoh keempat sebaik sahaja perlumbaan dimulakan. Dan kemudiannya bermulalah aksi potong dan memotong diantara pelumba – pelumba yang lain bagi mendahului perlumbaan. Selepas ketinggalan, Fariqe sekali lagi membuktikan pengalaman dan kehandalan serta ketentuan Ilahi apabila berjaya memintas pada selekoh keempat juga pada lap keempat dan berjaya mengekalkan posisi pendahulu perlumbaan sebelum menyerahkan stereng kepada rakan pemandunya, Syafiq Ali setelah berlumba selama 75 minit.

Menurut Fariqe yang Brader Karrager temuramah secara atas talian sahaja, mereka sepatutnya mampu berlumba lebih baik lagi sekiranya tidak diganggu oleh Kereta Keselamatan (Safety Car) yang kerap memasuki litar. Menurut beliau lagi, dianggarkan daripada tempoh perlumbaan yang panjang selama hampir sembilan jam itu, masa yang diambil oleh Kereta Keselamatan berada di atas litar adalah 1 jam 20 minit.

Iyalah, bila Kereta Keselamatan beraksi, sudah tentu kereta yang dibelakang dapat mengejar rapat kereta Proton Iriz yang selesa mendahului. Bagi Fariqe, mungkin ketidakadilan berlaku apabila situasi sedemikian berlaku. Tapi iyalah, kalau dah nama handal, perkara sedemikian bukanlah benda sukar buat Fariqe dan juga Syafiq. Syafiq ini juga bukanlah kecil anak iya. Beliau sebelum ini juga tiga kali pernah memenangi perlumbaan lasak S1K ini.

Ternyata melalui strategi perlumbaan oleh Jurutera pasukan berjaya memastikan gandingan kedua pelumba yang handal ini menamatkan 181 pusingan dalam tempoh 8 jam 44 minit. Dan mereka mendahului dengan jarak masa 2 minit berbanding kereta #100 di tempat kedua.

Menurut Fariqe, beliau mengucapkan tahniah kepada pemenang,serta tidak lupa juga kepada Pasukan Honda Malaysia kerana telah memberikan saingan sengit sehingga ke penghujung saingan namun dalam masa yang sama berasa simpati atas apa yang menimpa kedua kereta mereka. Terima kasih juga diucapkan kepada penaja, krew pasukan kerana mampu menyediakan kereta lumba dalam tempoh lima minggu sahaja Fariqe juga ingin merakam penghargaan kemenangan ini terhadap Mendiang Datuk David Wong kerana mempercayai bakatnya.

Tentan sebuah lagi kereta lumba Proton Saga yang baharu pertama kali beraksi litar, ianya masih mampu beraksi dengan baik sepanjang perlumbaan. Namun rezeki tidak menyebelahi buat kedua pelumba Admi Shahrul dan James Veerapan apabila gagal menamatkan saingan di penghujung perlumbaan. Tahun depan bolehlah kot nak muncul juara pula si Saga. Tahun ini kasi chance kepada Iriz dahulu. Apa pun tahniah kepada Fariqe, Syafiq dan juga Proton R3.

Keputusan Perlumbaan

1.Fariqe Hairuman, Syafiq Ali (Proton Iriz) – 181 laps (8:44:02.174)
2. Mitchell Cheah/Adam Khalid/CY Ong (Proton Satria Neo) – 181 laps
3. Boy Wong Yew Choong/William Ho (Toyota Vios) – 178 laps
4. William Chong/ Karurosa Honda /Kouji Obara/ Kenneth Shak (Suzuki Swift) – 171 laps
5. Desmond Soh Chee Siang / Tan Chye Heng / Teh Kian Boon (Toyota Vios) – 170 laps

Kredit Foto : Fariqe Hairuman

Google ads

B K

Back to top button