
SUZUKI FRONX SPORT KINI DITAWARKAN PADA HARGA BERMULA RM130K
Naza Eastern Motors mengumumkan harga baharu untuk Suzuki Fronx di Malaysia, sekali gus menjadikan SUV kompak itu jauh lebih kompetitif dalam segmennya.
Sebelum ini dilancarkan pada harga sekitar RM148,888, Suzuki Fronx Sport kini ditawarkan pada harga RM130,888 tanpa insurans, sementara Suzuki Fronx standard pula diberikan tanda harga RM118,888.
Langkah pelarasan harga ini dilihat sebagai usaha Suzuki untuk memperkukuhkan kedudukan Fronx dalam pasaran SUV kompak yang semakin sengit, terutama dalam kalangan pembeli muda yang mencari gabungan gaya, praktikaliti dan teknologi moden.
Suzuki Fronx tampil dengan rekaan crossover moden yang menggabungkan karakter SUV dan sentuhan coupe. Dimensinya yang kompak menjadikannya sesuai untuk pemanduan bandar, namun masih menawarkan ruang kabin praktikal untuk kegunaan harian.

Model ini turut ditawarkan dengan tujuh pilihan warna menarik:
- Rising Orange + Cool Black
- Ice Grayish Blue + Cool Black
- Savanna Ivory + Cool Black
- Pearl Mellow Deep Red
- Cool Black
- Pearl Snow White
- Magma Gray
Suzuki Fronx menggunakan enjin 1.5 liter empat silinder naturally aspirated bersama sistem mild hybrid Integrated Starter-Generator (ISG).
Enjin tersebut menghasilkan 103PS dan 138Nm tork, dipadankan dengan transmisi automatik enam kelajuan serta paddle shifter.
Gabungan sistem mild hybrid dan tangki bahan api 37 liter membolehkan Fronx menawarkan jarak perjalanan melebihi 700km mengikut penarafan WLTP.

Dari aspek keselamatan, Suzuki Fronx hadir dengan pelbagai sistem bantuan pemandu moden (ADAS), antaranya:
- Adaptive Cruise Control
- Lane Keep Assist
- Blind Spot Monitor
- Rear Cross Traffic Alert
- Lane Departure Warning
- Lane Departure Prevention
Selain itu, model ini turut dilengkapi enam beg udara, ISOFIX serta High Beam Assist.
Suzuki Fronx juga telah menerima penarafan 5-bintang ASEAN NCAP, mengukuhkan lagi reputasinya sebagai SUV kompak yang menawarkan keseimbangan antara keselamatan, praktikaliti dan gaya moden.
GALERI:





























