
SUZUKI JIMNY ALLGRIP PLUS DAN RHINO PLUS RASMI DILANCARKAN – HARGA MULA RM158K
Naza Eastern Motors memperkukuhkan penawaran Suzuki Jimny di Malaysia menerusi pengenalan dua varian baharu iaitu Jimny AllGrip Plus dan Jimny Rhino Plus.
Jimny AllGrip Plus kini ditawarkan pada harga RM158,900 tanpa insurans, manakala Jimny Rhino Plus pula dijual pada harga RM173,900.
Bagi varian AllGrip Plus, Suzuki memberi fokus kepada peningkatan aspek keselamatan, bantuan pemanduan dan keselesaan harian tanpa menjejaskan kemampuan off-road ikonik model itu.

Antara penambahan baharu termasuk:
- Sensor parkir depan dan belakang
- Cermin sisi elektrik boleh lipat dan pemanas
- Adaptive Cruise Control
- Sistem audio paparan 9-inci
- Kamera undur dengan radar milimeter wave
- Dual Sensor Brake Support II (DSBS II)
- Lane Departure Warning dan Prevention
- Automatic High Beam
- Side dan curtain airbags
Walaupun lebih moden, Jimny AllGrip Plus masih mengekalkan casis ladder-frame, sistem pacuan empat roda AllGrip Pro serta keupayaan off-road yang menjadi identiti model tersebut sejak sekian lama.
Model ini dijana enjin 1.5 liter naturally aspirated empat silinder yang menghasilkan 100hp dan 130Nm tork, dipadankan dengan transmisi automatik empat kelajuan.

JIMNY RHINO PLUS:
Turut diperkenalkan ialah Jimny Rhino Plus yang memberi fokus kepada penampilan lebih agresif dan gaya hidup outdoor. Varian ini menerima pelbagai aksesori eksklusif bagi menyerlahkan karakter lasaknya.
Antara ciri khas Rhino Plus ialah:
- Rim aloi polished 15-inci
- Penutup tayar gantian dengan logo Rhino
- Gril depan eksklusif
- Front bumper under garnish
- Side under garnish
- Door visor
- Mud flap merah depan dan belakang
Dari sudut mekanikal, Rhino Plus masih menggunakan trenkuasa sama seperti AllGrip Plus, termasuk sistem AllGrip Pro 4WD yang terkenal dengan kemampuan meredah laluan mencabar.
Jimny AllGrip Plus ditawarkan dalam enam pilihan warna, manakala Rhino Plus hadir dengan tiga warna pilihan termasuk Kinetic Yellow dan Chiffon Ivory.
GALERI:
Jimny AllGrip Plus:
















Jimny Rhino Plus:














