BuletinMotosikal

SYM TL 500 RASMI DILANCARKAN. RM35,888!

Setelah lebih 2 bulan tertangguh akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), MForce Holding, selaku pemegang hak motosikal jenama SYM Di Malaysia akhirnya melancarkan skuter maxi terbesar mereka hari ini.

Selamat datang SYM TL500. Model ini yang sepatutnya dilancarkan pada Mac lalu, kini tiba menerusi majlis pelancaran yang dilakukan secara maya bersama sidang media sebentar tadi.

Model ini juga telah kami ulas dalam pemilihan 7 unit motosikal yang akan masuk pada tahun ini menerusi saluran youtube Mekanika dua minggu lalu.

Ini merupakan model SYM pertama yang dipasang dengan enjin dua selinder. Ia dipasang dengan kelengkapan moden seperti suspensi hadapan jenis USD, suspensi belakang monoshock, klac basah dan dipacu menggunakan rantai.

Maxsym TL merupakan sebuah skuter dengan enjin dua silinder yang digabungkan bersama sistem sejukan cecair, DOHC, 465cc. Ia mampu menawarkan kuasa 30.0kW (40ps) pada 6,750rpm dan tork 42.5Nm pada 6,250rpm.

Spesifikasi

  • Length x Width x Height (mm) – 2215 x 801 x 1442
  • Wheel Base (mm) – 1543
  • Curb Weight – 223 kg
  • Front Suspension – Telescopic Fork
  • Rear Suspension – Swing Arm
  • Front/Rear Rim Material – Aluminum/ Aluminum
  • Front Tire Dimensions – 120 / 70 R15
  • Rear Tire Dimensions – 160 / 60 R15
  • Front Brakes Type/Diameter – Disc 275*2 + ABS
  • Rear Brakes Type/Diameter – Disc 275 + ABS
  • Fuel Capacity – 12.5 L
  • Seat Height (mm) – 795 mm
  • Engine Type/Cylinder – 4-stroke engine, incline twin cylinder
  • Displacement- 465 cc
  • Fuel System – E.F.I.
  • Max. Horsepower- 30 kw / 6750 rpm
  • Max. Torque- 42.5 Nm / 6250 rpm
  • Max. Speed> 139 km/h
  • Cooling System- Liquid
  • Transmission- C.V.T.

Harga jualannnya ialah RM35,888, tanpa insurans dan atas jalan.

Google ads
Back to top button