Motosikal

SYM VF3i 185cc EDISI TERHAD. 5,000 UNIT, KAPCAI ABS PERTAMA DI MALAYSIA, RM9,338 SAHAJA

MForce Bike hari ini melancarkan SYM VF3i 185cc Edisi Terhad ke pasaran tempatan.

Sebagai sebuah edisi terhad, jentera itu dilengkapi pelbagai bentuk penambahbaikan yang membezakannya dengan model SYM VF3i V1 dan V2. 

Anda boleh memiliki SYM VF3i 185cc Edisi Terhad pada harga RM9,338 seunit. 

Penambahbaikan paling penting ialah ia menjadi kapcai pertama dilengkapi sistem brek ABS di pasaran tempatan. Sietem brek itu juga didatangkan dengan cakere jenis petal untuk menawarkan kuasa membrek lebih mantap.

Sedia maklum bahawa SYM VF3i memiliki kapasiti enjin kapcai paling besar di Malaysia dengan 185cc.

Untuk model edisi terhad ini, MForce Bike telah meningkatkan kuasa moped ini kepada 19.7hp pada 9,000rpm berbanding 17.7hp pada 8,500rpm untuk versi 1 dan 2 sebelum ini. ork juga ditingkatkan kepada 17.46NM pada 7,500rpm. Tork pada model sebelum ini ialah 16.67Nm. 

Kuasa itu dapat dicapai hasil beberapa bentuk modifikasi pada enjin. Antaranya melibatkan cylinder head, cam shaft, rocker arm, injap, valve spring, throttle body dan peredam. Bagaimanapun hujung ekzos masih sama. Ini merupakan mpdofikasi halal bagi memastikan jentera tersebut lebih laju. 

Paparan RPM pula diberi nafas baharu dengan warna hijau dan merah untuk nampak lebih sporty. rpm cut-off pula dihadkan pada 10,000rpm. Kalau nak lebih lagi, anda perlu menukar ECU. 

Bagi menjadikan SYM VF3i edisi terhad lebih istimewa, kapcai ini dipasang dengan tuil klac aloi boleh laras berkualiti tinggi dan aero visor didatangkan secara standard. 

Edisi terhad ini dihadkan kepada 5,000 unit sahaja. MForce bagaimanapun tidak menghasilkan nombor siri khas untuk kapcai ini.

Biarpun begitu, edisi ini didatangkan dengan warna hitam baharu bersama stiker hijau epal. Rim lining juga berwarna hijau, jadi sekali tengok dah kenal.   

SYM VF3i edisi terhad sudah diedarkan ke pegedar sah MForce Bike seluruh Malaysia mulai hari ini.

Dalam perkembangan berkaitan, MForce Bike memaklumkan bahawa pihaknya akan mengeluarkan model edisi terhad yang lebih menarik hasil kerjasana dengan syarikat lain seperti jenama minuman pada tahun depan. 

Google ads
Back to top button