Buletin

TOYOTA SIENNA 2021 SERBA BAHARU – NGAM TERUK NI!

Toyota Sienna sememangnya merupakan senjata utama bagi pembuat dari Jepun ini dalam usaha untuk menembusi segmen MPV bersaiz besar di Amerika Syarikat. Dan kini Toyota bersedia untuk menawarkan generasi terbaharu Toyota Sienna kepada pasaran di sana.

Jikalau dalam rekaan Toyota Sienna generasi terdahulu (XL30) pun sudah kelihatan tidak lagi sesuai dipandu oleh pakcik pakcik, generasi keempat (XL40) ini tampil dengan rekaan yang lebih agresif dan tampak sangat sesuai untuk dipandu oleh Brian O’Conner untuk menghantar / menjemput anak ke sekolah pada siang hari tapi pada hujung minggu memandu Toyota Supra untuk TT Session

Toyota Sienna serba baharu ini kini dibangunkan daripada pelantar TNGA-K, pelantar yang sama melahirkan beberapa model seperti Camry dan juga Highlander. Rekaan hadapannya yang kelihatan garang dan sporty itu dizahirkan melalui rekaan lampu utama yang tajam serta rekaan gril pada bampar bahagian bawah yang sedikit luas.

Jikalau iras rupa hadapan pun sudah kelihatan sebegitu, tidak mungkin rekaan belakang akan kelihatan seperti biasa biasa. Melihatkan bahagian belakang Toyota Sienna ini juga kelihatan senada dengan rekaan bahagian hadapan terutamanya membabitkan perumah lampu bahagian belakang. Ada taring kau! Dan tersedia di bahagian bumbung adalah sepasang rail bagi membolehkan lebih muatan diusung.

Toyota Sienna yang baharu ini juga didatangkan dengan tiga varian utama meliputi XSE, Limited dan juga Platinum. Menariknya untuk varian XSE, penampilan MPV yang mempunyai ciri pemanduan seakan sebuah wagon ini telah dipasangkan dengan rim bersaiz 20 inci. Baru betu – betul garang.

Menarik, Toyota Sienna kini hanya ditawarkan dengan model hibrid yang mana, digandingkan bersama enjin yang bersesaran 2.5 liter. Unit hibrid ini menggunakan dua buat motor elektrik untuk pacuan roda hadapan, atau pun tiga motor elektrik untuk versi pacuan semua roda. Toyota Hybrid System II ini mampu menghasilkan kuasa maksimum 243 hp. Kira ok jugalah kan. Penggunaan bahan api pun turut dipertingkatkan secara tidak langsung. Walau pun model hibird, namun pemandu masih boleh memilih tetapan EV, NORMAL, ECO atau pun SPORT mengikut mood.

Toyota Sienna ini juga hadir dengan pakej standard meliputi skrin sesentuh berdiameter 9 inci yang lengkap dengan sambungan Android Auto, Apple Car Play serta ciri keselamatan yang komprehensif milik Toyota Safety Sense (TSS 2.0).

Bagi mengelakkan kepeningan melanda pemilik, Toyota turut menawarkan jaminan 36 bulan / 36,000 batu secara standard serta jaminan untuk sistem hibrid meliputi 8 tahun / 100,000 batu.

BACA : TOYOTA SIENNA 2015

BACA : STOUT SCARAB – MUNGKINKAH INI MPV PERTAMA DI DUNIA

Tags
Google ads
Back to top button