
TESLA RUGI BESAR $1.76 BILLION USD, SUKU 4 2024
Laporan menunjukkan bahawa Tesla telah kehilangan sekitar $1.76 billion USD dalam hasil automotif pada suku terakhir tahun 2024, gagal menepati analisa penganalisis utama dan menawarkan perspektif yang berbeza kepada harga saham Tesla yang melonjak di pasaran.
Tahun 2024 menunjukkan Tesla mempunyai tahun yang menarik untuk dibincangkan. Pertama, Tesla menunjukkan penurunan jualan pertamanya dalam hampir sedekad disebabkan jualan penghujung tahun 2024 yang perlahan, dan pada masa yang sama Tesla juga mengalami peningkatan besar dalam pasaran saham.
Analisa terbaru menunjukkan peningkatan harga saham Tesla disebabkan oleh peranan Ketua Pegawai Eksekutif dan pengasas Elon Musk dalam kemenangan pilihan raya Presiden AS Donald Trump. Pakar automotif menjangkakan pentadbiran Trump akan memihak kepada pihak pengawalseliaan yang membawa keuntungan pada Tesla.
Walaubagaimanapun, pendapatan dan hasil suku keempat syarikat kereta elektrik itu telah dikeluarkan dan ia bukanlah seperti yang diharapkan dengan jumlah kerugian tahun (2023) ke tahun (2024) sekitar $1.76 billion USD dalam sektor automotif.
Seperti yang dilaporkan oleh CNBC, hasil automotif Tesla merosot sebanyak 8% daripada $21,560,000,000 kepada $19,800,000,000 apabila dibandingkan antara Suku ke 4 2023 dengan suku ke 4 2024, dengan $692,000,000 daripada itu datang daripada kredit kawal selia.
Selain itu, pendapatan operasi Tesla juga merosot sebanyak 23% tahun ke tahun, sekitar $1.6 billion USD berada di bawah jangkaan penganalisis.
Ada yang berpendapat bahawa penurunan ini mewakili reputasi rendah CEO Tesla, kerana Elon Musk telah menjadi jauh lebih terlibat dalam politik dan tindakan sewel beliau seperti tabik ala Nazi seperti yang didakwa pada perasmian presiden berkemungkinan menjengkelkan bakal pembeli.
Penganalisa jualan bagaimanapun menunjukkan pengurangan harga untuk kebanyakan barisan Tesla sebagai sebab utama di sebalik kejatuhan jualan ini. Produk Tesla seperti Model 3, Model Y, Model S dan Model X semuanya telah menyaksikan harga jualannya dikurangkan, seterusnya menyumbangkan pada jumlah jualan Tesla
Sebagai contoh Tesla menawarkan promosi di Amerika, di mana pemilik sedia ada dapat memberikan diskaun istimewa untuk rakan atau saudara mara yang menjadi pembeli kali pertama, bagi menggalakkan mereka mencuba kenderaan elektrik.
Di samping itu, Elon Musk meletakkan tumpuan khusus pada masa depan syarikat pada sektor robotik. Tesla telah mempamerkan robot Optimusnya dan keupayaan mereka untuk meniru pergerakan manusia yang menakjubkan serta berjanji akan melancarkan Cybercab iaitu teksi pandu sendiri dalam masa terdekat.