Buletin

SKODA AUTO MERAIKAN ULANG TAHUN KE 25 DI PASARAN INDIA. DARIPADA MENYEWA KILANG, KINI MERUPAKAN PASARAN PENTING DI SANA

Tiada siapa menyangka bahawa pengeluar kenderaan berpusat di Republik Czech Skoda Auto yang mula memasuki pasaran India kira – kira 25 tahun yang lalu kini telah menjadi sebuah pasaran yang sangat penting di sana.

Tepat pada bulan Januari tahun 2000, pengeluar Skoda Auto telah meletakkan batu asas untuk kilangnya di Chhatrapati Sambhajinagar (dahulunya Aurangabad sehingga 2022) dan ianya merupakan jenama Kumpulan Volkswagen pertama yang mewujudkan kehadiran mereka di pasar tempatan di India.

Škoda Octavia telah menjadi model pertama yang dipasang secara tempatan. Sehingga kini, India telah menjadi pasaran utama dalam rancangan Škoda untuk menembusi pasaran antarabangsa yang lebih meluas, membantu syarikat itu memanfaatkan potensi jualan sedia ada dengan berkesan di rantau ASEAN, Timur Tengah, Australia dan New Zealand.

Dan ternyata semenjak pengenalan secara rasmi model Skoda Octavia bermula pada tahun 2001, jenama Skoda Auto semakin mendapat perhatian di kalangan peminat dunia automotif di India.

Mewakili Kumpulan Volkswagen, Škoda Auto telah menerajui semua aktiviti di rantau ini secara bersama-sama. Hari ini, jenama itu membangunkan dan menghasilkan tiga model tempatan di India untuk India, berdasarkan platform MQB A0–IN tempatan meliputi model Kushaq, Slavia, dan, yang terbaru, SUV kompak Kylaq.

Sedikit cerita mengenai Skoda Skylaq, ianya menerima maklum balas yang cukup luar biasa daripada pelanggan di sana. Ianya telah menerima sejumlah 10,000 unit tempahan dalam hanya sepuluh hari usai pelancaran model tersebut.

Menurut Klaus Zellmer selaku CEO Skoda Auto, pasaran India sendiri merupakan pasaran yang cukup penting untuk mereka bagi meluaskan lagi permintaan Skoda bagi pasaran serantau. Kini Skoda Auto telah memiliki dua kilang pemasangan khusus untuk menghasilkan tiga model Skoda untuk pasaran India, Kushaq, Slavia dan juga Kylaq. Menariknya juga apabila Skoda berjaya menaturalisasi sehingga 95% kandungan produk tempatan untuk model yang ini disamping pengeluaran dua lagi model global Skoda Octavia dan juga Skoda Superb.

Dan tahukah juga bahawa model Skoda Slavia telah dinamakan sebagai India Sedan of the Year 2022 dan juga Car of the Year 2023 dan juga Acko Drive Awards.

Dua kilang pemasangan yang terletak di Chhatrapati, Sambhajinagar dan Chakan, Pune ternyata telah membawa jenama Skoda Auto satu langkah kehadapan untuk teknologi hijau malah paling penting terus menyumbang ekonomi yang mampan buat India melalui peluang tenaga kerja dan pembekal.

BACA : SKODA TELAH HASILKAN LEBIH 925,000 UNIT KENDERAAN SECARA GLOBAL 2024

BACA : SKODA KYLAQ – SUV KOMPAK KHUSUS UNTUK PASARAN INDIA

Google ads

B K

Back to top button