
TOYOTA AVANZA – MPV MODEN DAN LASAK UNTUK SEMUA
Kalau kita tanya pada semua pengguna apakah kereta idaman mereka, pasti jawapan yang kita biasa dengar ialah supercar atau kenderaan mewah. Tapi mari kita jadi lebih realistik
Tak semua orang ada duit yang berkepuk kepuk di bawah tilam untuk beli supercar idaman. Jadi pengeluar kenderaan akan menghasilkan kenderaan yang sesuai dengan kehendak pengguna samaada sedan, kompak, SUV atau MPV berdasarkan permintaan pasaran
Sebagai contoh MPV ialah Toyota Avanza jika anda hantar Avanza ke pertandingan kereta paling cantik, ia akan kalah sebelum bertanding. Tapi rekod jualan Avanza menceritakan situasi berbeza dengan rekaanya yang nampak biasa sahaja.
Selain dijual di Indonesia dan Malaysia, Toyota Avanza juga dijual di Filipina, Thailand, Mexico dan juga Afrika Selatan. Malah di Indonesia, ia dinobatkan sebagai kereta paling laku selama 13 tahun berturut-turut menyebabkan Avanza digelar Mobil Sejuta Ummat
Ini menjadikan jumlah keseluruhan Toyota Avanza yang dijual ialah 1,866,816 unit di seluruh dunia. Angka yang sangat hebat bagi sebuah MPV kompak yang nampak sangat merendah diri.

Jadi apa ciri-ciri mekanikal pada Toyota Avanza yang menjadikannya pilihan utama pengguna yang berkeluarga? Apabila Toyota Avanza dilancarkan pertama kali di Malaysia pada tahun 2004, ia mengejutkan banyak pesaingnya dari lena yang panjang.
Avanza dijual pada harga mampu milik ketika semua pengguna Malaysia mencari sebuah MPV pada harga rendah mampu milik dan berkualiti tinggi. Perodua dan Proton hanya mampu mencabar Toyota 6 tahun kemudian.
Manakala Honda pula hanya menjual MPV mereka bermula tahun 2010, lewat 6 tahun kemudian. Jadi tidak hairanlah Avanza memiliki waktu menunggu lebih 6 bulan ketika ia mula-mula dilancarkan dulu.

Avanza ialah produk yang unik kerana chasisnya menggabungkan chasis ladder frame dan monocoque. Gabungan itu penting untuk memuatkan sistem pacuan tayar belakang bagi pemanduan yang lasak atas permukaan jalan mencabar. Jalan berbatu tak rata dan tanah merah, semua ditanggung beres
Avanza terbaharu didatangkan dengan gandingan transmisi automatik 4 kelajuan serta enjin 1,496cc dual-VVTi yang mampu menghasilkan 103 kuasa kuda dan tork 136Nm. Enjin ini cekap tenaga, lebih bersih, berkuasa, tahan lasak dan senang dijaga.
Bagi memudahkan pelanggan, Toyota ada menawarkan pelan Ezi Beli yang merendahkan bayaran bulanan Avanza kepada hanya RM608 sahaja sebulan. Ia adalah tawaran yang bagus kerana Avanza menyediakan sistem keselamatan yang menyeluruh untuk 7 penumpang.

Toyota Avanza dilengkapkan dengan sistem pencegahan kemalangan seperti Sistem Amaran Titik Buta, Sistem Amaran Lintasan Belakang, sistem pencegahan brek terkunci ABS dan Electronic Brake-force Distribution (EBD).
Sekiranya kemalangan tidak dapat dielakkan, terdapat 2 beg udara disediakan untuk penumpang depan dan sistem perakam video digital untuk merekod bukti kemalangan.
Berbeza dengan generasi pertama, Avanza generasi kedua direka supaya lebih senyap dan lebih selesa untuk perjalanan jauh. Sistem penyaman udara dinaik taraf dengan kawalan digital dengan satu corong penyaman udara khas untuk penumpang di belakang.

Bagi memastikan Avanza kekal relevan, ia dilengkapi ciri seperti poin kuasa elektrik 12V, 2 port USB pengecas peranti telefon, di samping sistem audio yang lengkap dengan ketersambungan Apple Car Play dan Android Auto.
Skrin sentuh unit multimedia pula sebesar 6.75 inci yang boleh disambungkan dengan Bluetooth, 6 unit pembesar suara dan bertindak sebagai skrin kamera undur. Jika berminat, anda boleh menambah skrin OEM yang dipasang pada bahagian bumbung untuk hiburan penumpang di belakang.
Tak salah kalau nak kata Avanza generasi baru ini seperti baby Vellfire kerana dari jauh, rekaan lampu depan yang terbahagi dua itu sama seperti Vellfire. Di bahagian sisi pula, rekaan rim aloi 5 bilah 2 tona yang tampil dengan gaya agresif

Rekaan lampu depan Bi-LED pula datang dengan kemasa hitam sporti selain teknologi LED memberi pencahayaan yang lebih bagus berbanding rekaan lampu halogen. Sepasang lampu kabus di bampar depan menemani lampu LED untuk perjalan malam yang lebih meyakinkan
Bayangkan Avanza boleh menawarkan semua ciri ini pada harga permulaan RM 77,963 sahaja, dengan bayaran bulana serendah RM 608, sokongan pusat servis yang proaktif serta kos servis yang rendah.