Buletin

TAJUDDIN TIDAK KISAH DITAMAT PERKHIDMATAN DI PRASARANA, HANYA KETAWA

Seperti yang semua sudah tahu sekarang, khidmat Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman sebagai Pengerusi Bukan Ekskutif Prasarana ditamatkan serta-merta. 

Pemecatan itu  dibuat ekoran sikap tidak profesional Tajuddin ketika menjawab soalan wartawan dalam satu sidang media. 

Disifatkan sebagai memalukan dan langsung tidak menunjukkan empati kepada mangsa, Tajuddin juga menjawab soalan dengan tidak bersedia, sinis dan angkuh. Ia nyata menimbulkan rasa marah dalam kalangan netizen yang menuntut ahli parlimen Pasir Salak itu dipecat. 

Boleh dilihat juga pegawai Prasana beberapa kali terpaksa membetulkan fakta yang keluar daripada mulutnya yang tidak ditutup dengan pelitup muka seperti yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Dia sebaliknya hanya memakai pelindung muka jernih. 

Dalam satu surat yang tular di media sosial, penamatan perkhidmatan itu dipersetujui dan ditandatangani oleh  Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz. 

Memetik laporan The Star, Tajuddin hanya ketawa apabila ditanya tentang pemecatannya. Tajuddin juga menyatakan dia tiada masalah dengan pemecatan tersebut. 

“Saya sudah terima surat. Tiada apa yang hendak dikomen sekarang. Tiada apa yang perlu dibimbangkan,” katanya. 

Isnin lalu, dua buah tren LRT Laluan Kelana Jaya bertembung di laluan bawah tanah dekay Stesen KLCC. Kemalangan itu menyebabkan seramai enam orang penumpang perlu mendapatkan rawatan di Unit rawatan rapi (ICU) di Hospital Kuala Lumpur (HKL). Tiga daripada mereka dilaporkan kritikal kerana mengalami pendarahan otak dan telah diintubasi. 

Sementara dua lagi mangsa patah tulang, seorang dimasukkan ke dala wan dan seorang patah tulang belakang. Mereka bagaimanapun berada dalam keadaan stabil.  The Star, K! Online

Google ads
Back to top button