" "
Buletin

BARU SEJAM BELI MOTOSIKAL, MAUT AKIBAT PELITUP MUKA TUTUP MATA

Seorang penunggang motosikal di wilayah utara Thailand, Uthai Thani maut apabila melanggar tiang elektrik didakwa disebakan matanya ditutupi pelitup muka dipakainya.

Menurut laporan portal Thaiger, mangsa yang dikenali sebagai Mew, 43, merupakan warganegara Myanmar baru satu jam membeli motosikal terbabit sebelum terlibat dalam kemalangan.

Difahamkan, motosikal berkenaan masih dibaluti plastik ketika kejadian berlaku berdekatan simpang tajam di jalan tersebut malah terapat kesan tayar sepanjang 10 meter di lokasi kemalangan.

Beberapa saksi memberitahu, mereka melihat pelitup muka yang dipakai penunggang itu menutupi matanya dan percaya telah menghalang penglihatan sehingga mengakibatkan kemalangan tersebut..

Orang ramai di tempat kejadian cuba ‘membangunkan lelaki itu’ dan pasukan penyelamat tempatan turut melakukan bantuan pernafasan,

Bagaimanapun, mangsa  disahkan meninggal dunia di tempat kejadian. – agensi

Google ads
Back to top button