
ULANG TAHUN NISSAN X-TRAIL 25 TAHUN DENGAN EMPAT GENERASI. SIAP SEDIA GENERASI KELIMA MENYUSUL PULA NANTI
Tahun 2025 menandakan ulang tahun ke-25 Nissan X-Trail, sebuah model SUV yang cukup penting buat Nissan. Sejak generasi pertama dilancarkan pada November 2000,Nissan X-Trail telah menjadi peneraju dalam segmen SUV bersaiz sederhana dan mencapai jualan global melebihi 8.1 juta unit.
Sehingga kini, Nissan X-Tral ini telah pun memasuki generasi keempat, dengan dijual di 95 buah negara (kecuali tempat kita) dengan plat namamya berasal dari X yang mempamerkan semangat sukan ekstrem manakala Trail itu merujuk kepada laluan off-road yang ekstrem dengan keupayaan 4×4 yang hebat.

X-Trail T30 – Generasi Pertama
Direka bentuk sebagai “4WD untuk empat orang yang selesa dan menyeronokkan,” T30 X-Trail generasi pertama menyasarkan golongan berusia 20 hingga 30 tahun yang gemar sukan luar dan gaya hidup aktif. Sebelum ketibaannya, SUV pada amnya dianggap tidak cekap bahan api, sukar dipandu dan mahal. T30 X-Trail berhasrat untuk menghancurkan stereotaip ini sebagai SUV yang menggabungkan sporty dengan praktikaliti harian.
Tambahan pula, ‘Hyper Roof Rail’, yang menggabungkan tiga fungsi — lampu pemanduan, rel bumbung dan palang bumbung — bukan sahaja mengekalkan fungsi rel bumbung konvensional tetapi juga menampilkan lampu pemanduan yang dipasang pada bahagian hadapan rel. Lampu-lampu ini memancarkan cahaya yang lebih luas daripada pancaran cahaya tinggi, meningkatkan keterlihatan dan meningkatkan keyakinan pemandu semasa perjalanan pada waktu malam.

X-Trail T31 – Generasi Kedua
Rupa bentuk generasi kedua X-Trail ini mungkin masih lagi berkisar dengan generasi pertama tetapi telah mengalami sedikit revolusi untuk tetap tampil gagah pada permukaan off-road yang lasak dan praktikal.
Ciri utama T31 ialah sistem 4WD elektronik canggih ALL MODE 4×4-i dengan Kawalan Pergerakan Yaw yang memastikan prestasi semua cuaca yang cemerlang. Sistem ini menganalisis data daripada sensor sudut stereng, sensor kadar yaw dan sensor G untuk meramalkan garisan selekoh yang dimaksudkan oleh pemandu dan melaraskan taburan tork secara automatik untuk memberikan selekoh yang lancar walaupun di jalan yang licin

X-Trail T32 – Generasi Ketiga
Generasi ketiga ini tampil dengan rupa yang lebih menarik minat golongan orang muda yang mungkin mahukan sebuah SUV bandar tetapi masih berupaya bergerak tanpa masalah di laluan off-road yang mencabar.
Menariknya generasi ketiga ini juga mula didatangkan dengan pilihan hibrid dan juga enjin petrol tetapi masih lengkap dengan ciri moden seperti ctive Ride Control, Active Engine Brake dan Cornering Stability Assist untuk keselesaaan pemanduan. Di tempat kita, Nissan X-Trail generasi ketiga ini boleh tahan popular juga sebenarnya bersepah atas jalanraya.

X-Trail T33 – Generasi Keempat
Agak malang juga apabila generasi keempat ini tidak memasuki pasaran negara kita dengan tampil lebih elegan dan bergaya serta mempunyai DNA generasi pertama yang terkenal dengan kelasakannya.
Rangkaian kuasa hibrid e-POWER X-Trail yang tersedia menampilkan motor dengan output tinggi untuk memberikan pengalaman pemanduan yang berkuasa dan lancar. Sistem ini memanfaatkan enjin petrol VC-Turbo padat semata-mata sebagai penjana untuk menghasilkan elektrik. Sistem e-POWER memberikan pemanduan yang lancar, senyap dan responsif seperti EV dengan kemudahan dan keyakinan pemandua seperti enjin petrol.
BACA : NISSAN X-TRAIL e-4ORCE BERUBAH KEPADA MOUNTAIN RESCUE

