
NISSAN X-TRAIL e-4ORCE BERUBAH KEPADA MOUNTAIN RESCUE
Nissan memberikan darjat yang Istimewa buat salah satu model yang menggunakan pacuan semua roda teknologi e-4ORCE ke kawasan cerun ski di Eropah pada musim sejuk ini, dengan penghasilan model X-Trail e-4ORCE yang diubah suai secara ekstensif bagi keperluan menyelamat di kawasan gunung bersalji.
Pengubahsuaian terhadap model X-Trail Mountain Rescue ini termasuklah penggantian roda dengan trek salji, memberikan cengkaman terhadap permukaan salji yang licin.

Manakala tempat duduk belakang telah ditanggalkan untuk membenarkan pemasangan alat pengusung, untuk membolehkan mana mana pemain ski yang mengalami kecederaan ke kemudahan perubatan terdekat. Juga terdapat pemasangan tempat duduk untuk seorang lagi ahli perubatan professional.
Pada bahagian luaran X-Trail e-4ORCE, telah dipasang rak bumbung bagi membawa pengusung dan juga alat penyodok salji. Juga kelihatan pada bumbung adalah bar lampu siren yang akan memberikan amaran kepada orang ramai tentang kehadirannya.

Manakala ruangan fender yang sebelum ini menempatkan tayar telah ditambah kelebarannya bagi memuatkan ruangan trek salji tanpa masalah. Pada ruangan hadapan kenderaan penyelamat ini juga telah dipasang winch serta cangkuk tunda bertetulang yang dipasang pada bampar hadapan dan belakang. Sementara itu, papankaki juga telah dipasang pada bahagian sisi untuk memudahkan akses keluar masuk kenderaan ini sementelah ianya telah ditinggikan 23 cm berbanding model standard yang digunakan atas jalanraya.
Pembangunan dan pembinaan X-Trail Mountain Rescue ini diwujudkan untuk menonjolkan sistem pacuan semua roda e-4ORCE motor berkembar elektrik yang canggih dipasang pada model X-Trail ini.

Apa yang membezakan sistem daripada sistem mekanikal tradisional ialah ia boleh bertindak balas terhadap perubahan tahap cengkaman dalam 1/10,000 saat, kira-kira 1000 kali lebih cepat daripada sistem pacuan semua roda tradisional. Malah ia boleh melaraskan pengagihan kuasa kepada roda secara individu, mengikut cengkaman yang diperlukan.
Individu yang menaikinya pasti tidak menyedari bahawa sistem e-4ORCE berfungsi dengan begitu berkesan untuk memberikan daya tarikan dalam semua keadaan, membolehkan ketenangan fikiran semasa mereka mengembara di bandar basah, pinggir bandar yang berdaun, negara berlumpur atau jalan gunung bersalji.



