Buletin

ACURA MDX TYPE S – SUV BERPRESTASI TINGGI YANG WOW!

Acura MDX sememangnya diakui diantara SUV bersaiz penuh yang mempunyai rekaan yang cukup menarik dan mampu menggoda. Rupa bentuknya tidak keterlaluan tetapi masih kelihatan elegan. Tetapi apabila Acura MDX ini diberikan lencana Type S, sudah tentu ianya merubah terus karekter kepada sebuah SUV yang bukan lagi biasa biasa. Ini merupakan sebuah SUV berprestasi tinggi.

Acura MDX Type S ini adalah untuk mereka gemarkan memandu, itu merupakan kata yang dilemparkan oleh Emile Korko selaku AVP (Assistant Vice President) Jualan Acura di sana. Ianya menggabungkan pemanduan yang dinamik, keselesaan premium serta paling penting mesra keluarga.

Acura MDX Type S kini diangkat sebagai model flagship bagi Acura, sekali gus menjadikan ianya merupakan SUV pertama dalam keluarga yang dipasangkan dengan lencana Type S. Sudah tentu ianya menjadikan Acura MDX Type S ini sebuah SUV yang cukup berkuasa serta mempunyai pengendalian yang jitu.

Beberapa perubahan kecil seperti penambahan splitter depan dan juga rekaan gril yang baharu dengan laluan angin masuk bagi membolehkan lebih banyak udara disalurkan ke dalam ruangan enjin. Manakala bahagian belakangnya pula diberikan diffuser serta dual tip ekzos berkembar di kiri dan kanan yang pasti dapat memberikan sedikit bunyi garang.

Dan rupa garang Acura MDX Type S ini diserlahkan dengan penggunaan rim bersaiz 21 inci yang dibaluti dengan tayar Continental ContiSeal berukuran 275/40ZR21.

Untuk trenkuasa, ianya telah menggunakan enjin 3.0 liter V6 Turbo yang mampu menghasilkan kuasa sehingga 355 HP serta 354 Nm. Dengan angka sebegini, ianya dianggap sebagai cukup berkuasa. Unit enjin yang sama juga pernah dipasangkan terhadap model Acura TLX Type S. Enjin yang berkuasa ini kemudiannya dipadankan dengan kotak gear auto 10 kelajuan serta dilengkapi dengan Acura Super Handling All-Wheel Drive.

Pemanduan Acura MDX Type S dilengkapi dengan tujuh tetapan pemanduan meliputi Normal, Comfort, Individual, Snow, Sport dan juga Type S-exclusive Sport. Malah, pemandu turut berupaya untuk menetapkan jarak ketinggian sehingga dua inci bagi membolehkan MDX ini melalui permukaan yang kasar serta salji yang tebal. Untuk meningkatkan lagi kestabilan pengendalian, bateri kenderaan turut telah dialihkan ke bahagian kargo di belakang. Dan untuk memberhentikan MDX, brek Brembo turut digunakan bagi tujuan pemberhentian dengan lebih pantas.

Manakala bahagian dalaman juga turut mengambil kira aspek kemewahan dan juga perlumbaan. Baru ngam orang kata. Tempat duduk dibalut kulit Milano serta padanan rekaan stereng ala perlumbaan. Baru sesuai dengan tema Type S yang ditampilkan. Malah, tempat duduk hadapan kini dilengkapi dengan fungsi mengurut. Baru terasa mewah kan.

Acura MDX Type S ini kini boleh dimiliki dengan harga sekitar $66,700 (RM283,341). Macam murah juga kan kalau tak ada cukai merepek ni.

BACA : ACURA MDX SERBA BAHARU – WOW!

BACA : ACURA MDX & ACURA TLX PMC EDITION – INI BARULAH WOW

Google ads

B K

Back to top button