Artikel Pilihan

ACURA MDX SERBA BAHARU – WOW!

Acura nampaknya agak agresif untuk terus memperkenalkan barisan model baharu dalam katalog pilihan kepada para pembeli. Untuk yang sudah berkeluarga dan inginkan sebuah kenderaan yang boleh membawa penumpang lebih daripada kenderaan biasa, sudah tentulah SUV dengan tiga barisan tempat duduk menjadi pilihan. Dan untuk itu, Acura MDX sudah semestinya menjadi pilihan buat penggemar bangsa H ini, eh silap. Bangsa A ini.

Kini, setelah beberapa ketika sudah sampai masanya generasi keempat Acura MDX ini memasuki pasaran. Sudah semestinya, ianya dianggap sebagai model yang tiga barisan tempat duduk yang paling laku dalam rekod jualannya.

Rekaan luaran Acura MDX kini secara kasarnya kelihatan lebih berani dengan elegan berbanding rekaan model terdahulu. Acura MDX baharu ini ternyaata lebih lebar dan lebih panjang berbanding model terdahulu. Rekaan lampu utama kini lebih nipis dengan penggunaan lampu Chicane LED. Begitu juga dengan dengan pengguna DRL Chicane LED. Penggunaan LED turut merebak ke lampu kabus sebagai sumber pencahayaan.

Bahagian ruangan kabinnya menampilkan ciri – ciri yang lebih premium dan berorientasikan pemandu. Kesemuanya menampilkan ciri digital sepenuhnya. Sistem infohiburan bersaiz 12.3 inci merupakan saiz terbesar yang pernah digunakan terhadap model Acura. Sambungan Apple Car Play dan Android Auto turut tersedia disamping sistem Alexa yang turut terbina dalam. Ciri premium turut ditampilkan melalui penggunaan bumbung panorama yang luas serta penggunaan tempat duduk yang dibalut kulit mewah.

Dan sudah tentu, kelebihan konfigurasi tujuh tempat duduk menjadi pilihan buat mereka yang sudah berkeluarga. Walau pun ianya mempunyai tiga barisan tempat duduk, tahukah bahawa ruangan kargonya masih dikategorikan luas walaupun kesemua tempat duduk digunakan. Itu kalau tumbangkan barisan ketiga, setakat almari baju, peti ais, mesin jahit mahu pun meja makan Insya Allah boleh sumbat.

Menggerakkan Acura MDX ini adalah trenkuasa 3.5 liter V6 yang mampu menghasilkan kuasa maksimum 290 HP dan 267 lb.ft. Enjin yang pelahap bahan bakar ini dipadankan dengan kotak gear auto 10 kelajuan. Acura MDX ini turut ditawarkan dengan pilihan Super Handling All-Wheel Drive dengan keupayaan untuk menarik beban trailer maksimum 5000 lbs.

Ciri keselamatan yang pada pada Acura MDX ini juga tidak kurang hebatnya. Ianya dilengkapi dengan Collision Mitigation Braking System (CMBS), Road Departure Mitigation (RDM), Adaptive Cruise Contro (ACC), Lane Keeping Assist System (LKAS), Pedestrian Detection dan juga Traffic Jam Assist.

Kini Acura MDX sudah boleh ditempah dengan harga penawaran sekitar $60,650 (RM249,574) untuk varian tertinggi.

BACA : ACURA MDX & ACURA TLX PMC EDITION – INI BARULAH WOW

BACA : JINBEI DIAZI ACAH-ACAH KEMBAR ACURA MDX

Google ads

B K

Back to top button