Artikel Pilihan

ACURA MDX & ACURA TLX PMC EDITION – INI BARULAH WOW

Jenama Acura sememangnya telah dikenali sebagai antara jenama yang bagus untuk bersaing dengan jenama premium yang lain di Amerika Syarikat. Sudah tentu model seperti Acura NSX sememangnya mempunyai reputasi yang cemerlang di sana. Begitu juga dengan model seperti Acura MDX dan juga Acura TLX. Nah, kali ini Acura memperkenalkan PMC Edition pula terhadap kedua model penting mereka ini di pasaran Amerika Syarikat.

Dalam segmen SUV, sudah tentu taruhan utama bagi Acura untuk menembusi pasaran di sana, MDX adalah yang terbaik. Saiznya tidaklah terlalu besar seperti mana tipikal SUV jenama Amerika Syarikat yang lain. Tapi Acura MDX generasi ketiga dengan facelift terkini sudah pun berada di pasaran semenjak tahun 2017 lagi.

Dan model Acura MDX PMC Edition ini tampil dengan sesuatu yang lebih bergaya dan istimewa. Mengapa istimewa, kerana Acura MDX ini dipasang dengan menggunakan tenaga manusia tanpa melibatkan penggunaan teknologi robot. SUV istimewa bersaiz sederhana ini membuat debut sewaktu 2019 AutoMobility, LA. Dilayangkan dengan warna yang juga istimewa, Valencia Red Pearl. Oh ya, lupa untuk BK berkongsikan tentang akronim PMC itu, Performance Manufacturing Centre. Menariknya, Juruteknik yang membina Acura MDX ini adalah merupakan individu yang sama juga membina model Acura NSX.

MDX PMC Edition ini menggunakan enjin  3.5-liter i-VTEC V6 yang mampu menghamburkan kuasa 290 hp serta dipadankan dengan kotak gear auto 9 kelajuan. Menambahkan ciri istimewa dan prestij, SUV ini turut menerima beberapa kemasan seperti penggunaan bumbung suria, balutan kulit Milano untuk tempat duduk serta rim hitam berkilat bersaiz 20 inci.

Begitu juga dengan model Acura TLX PMC Edition ini, ianya turut dibina dengan menggunakan teknologi tangan manusia sepenuhnya dan juga sebungkus teh o ais ikat tepi. Menggunakan tona warna serupa Valencia Red Pearl untuk badan kereta, penggunaan warna hitam berkilat bersaiz 19 berjaya memberikan sedikit perbezaan yang nampak lebih sporty. Suka untuk BK berkongsi tentang penggunaan warna Valencia Red Pearl, keseluruhan masa yang diperlukan adalah lima hari untuk proses mengecat. Demi untuk mendapatkan warna dan kualiti yang sebegini. Manakala bahagian bumbung dan pemegang pintu telah diberikan warna hitam berkilat untuk memberikan sedikit perbezaan.

Sama seperti model MDX PMC Edition, TLX PMC Edition ini turut menggunakan nadi yang sama. Model sedan eksklusif ini turut didatangkan dengan ciri AcuraWatch, sebuah sistem keselamatan yang canggih untuk membantu pemandu supaya lebih peka dengan pemanduan. Dan untuk menambahkan lagi ciri ekslusif dan prestij, kedua model ini turut didatangkan nombor siri pembuatan setiap model.

Sebenarnya kedua dua model ini sudah boleh ditempah dengan model Sedan berharga lebih kurang $50,000 dan $60,000 untuk model SUV.

BACA : ACURA TLX – INI LWANYA BMW, MERCEDES BENZ & AUDI

BACA : ACURA ZDX – SUV COUPE YANG KITA TIDAK PERNAH TAHU

Google ads

B K

Back to top button