Buletin

AKHIRNYA… ARAB SAUDI BENARKAN WANITA MENUNGGANG MOTOSIKAL

Berita baik? sudah tentu. Akhirnya, hak menunggang diperolehi oleh kaum wanita di Arab Saudi. Setelah mendapat kebenaran memandu kereta tiga bulan lalu, kerajaan Saudi mengumumkan kebenaran menunggang motosikal kepada wanita bermula bulan Jun 2018.

Jadi itulah dia akhirnya kesamarataan jantina dipraktikkan secara adil di Arab Saudi. Kebenaran untuk menunggang motosikal ini diberi sepenuhnya bermula pada bulan Jun 2018 bagi wanita yang mempunyai lesen memandu berumur 18 tahun ke atas.

Sebelum ini, Arab Saudi merupakan satu-satunya negara di dunia yang tidak membenarkan wanita memandu.

Bulan lalu, Forum Ekonomi Dunia meletakkan Arab Saudi sebagai negara ke tujuh terburuk di dunia tentang hak-hak wanita dalam laporan Laporan Gender Gap Report.

DI bawah pemerintahan kerajaan sekarang, lelaki dalam keluarga perlu memberi kebenaran kepada wanita untuk sebarang aktiviti seperti pelajaran, percutian dan sebarang aktiviti luar.

Satu demi satu halangan ini berjaya diatasi oleh NGO dan badan yang memperjuangkan hak wanita.

Beberapa bulan lepas, kaum wanita dibenarkan memasuki tiga stadium utama sementara bulan ini, wanita juga dibenarkan menonton wayang di panggung.

Selaras dengan kebenaran ini juga, pelancong wanita yang ingin memandu dan menunggang di Arab Saudi tidak lagi perlu mendapat permohonan dari sekolah memandu di sana.

 

 

Google ads
Back to top button