Buletin

KARAK KENA PUKAT, JPJ SITA 110 MOTOSIKAL

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah melaksanakan Ops Khas di Lebuhraya Pantai Timur (LPT1) dekat Karak pada Ahad.

Memetik laporan Kosmo, operasi tersebut menyaksikan sebanyak 110 motosikal telah disita melibatkan lapan motosikal berkuasa tinggi dan 102 motosikal bawah 250cc.

Menurut Pengarah Kanan Penguat Kuasa JPJ, Datuk Muhammad Kifli Ma Hassan, antara kesalahan dicatatkan termasuk tidak memiliki lesen memandu, cukai jalan dan pelindungan insurans tamat tempoh.

“Daripada jumlah kenderaan disita, sebanyak 110 motosikal dengan lapan buah motosikal berkuasa tinggi, 21 buah kereta termasuk enam kereta mewah, sebuah van serta lori.

“Sebuah daripada kereta mewah yang disita bukan sahaja tiada LKM dan perlindungan insurans, tetapi menggunakan nombor pendaftaran kenderaan lain,” jelasnya.

Operasi yang berjalan selama tujuh jam itu melibatkan 183 anggota dan pegawai JPJ dari Ibu Pejabat Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang.

Google ads
Back to top button