Artikel Pilihan

APA KELEBIHAN ACTIVE GRILLE SHUTTER PADA HONDA CR-V?

Active Grille Shutter bukanlah satu benda baru pada Honda kerana mulai tahun 2017 lagi kebanyakan model Honda menggunakan ciri ini termasuklah CR-V dan juga Odyssey. Sistem ini akan membenarkan ciri aerodinamik pada kenderaan dikawal secara optimum dengan membolehkan aliran udara sejuk melalui sirip udara, sistem penyejukan dan juga ruang enjin

Sekiranya aliran udara sejuk diperlukan untuk menyejukkan enjin, sirip ini akan terbuka secara automatik. Jika tidak, sirip udara akan tertutup bagi mengurangkan geseran udara dan meningkatkan ciri aerodinamik kenderaan.

Bagi Honda CR-V generasi ke 6, ciri Active Grille Shutter ini dipasang pada jeriji di bahagian bawah dengan sirip ini dipasang terus dengan motor elektrik. Pergerakan motor ini akan dikawal oleh Modul Kawalan enjin bagi membolehkan sirip ini dibuka sepenuhnya, ditutup sepenuhnya ataupun dibuka sedikit bergantung pada keperluan radiator dan juga kondenser penyaman udara.

Apabila ditutup sepenuhnya, Active Grille Shutter boleh mengurangkan pelepasan gas karbon dioksida sebanyak 2%. Malah ketika enjin dihidupkan pada waktu pagi yang sejuk, sistem ini akan menutup sirip bagi membantu enjin menjadi lebih cepat panas sekaligus mengurangkan penggunaan petrol sebanyak 0.3%

Bunyi seperti tidak banyak, tapi ia adalah bacaan realistik berbanding dengan produk claim pseudoscience. Untuk mengelakkan sistem ini daripada mudah rosak, ia dipasang di bahagian belakang jeriji bawah

Google ads
Back to top button