
ARCFOX T1 – SUV EV KOMPAK TERBAHARU DARI CHINA DENGAN JARAK PEMANDUAN SEHINGGA 425 KM
Arcfox Motors ini sememangnya kita tidak kenal langsung jenama apakah ini. Jenama Arcfox ini berasal dari China dan berada di bawah naungan BAIC Group yang dikhususkan untuk pengeluaran model elektrik sepenuhnya.

Setelah menghasilkan beberapa model awalan, Arcfox telah memperkenalkan model baharu, Arcfox T1 yang merupakan sebuah SUV EV Kompak dengan menyasarkan kumpulan pengguna muda dan penumpang bandar. Arcfox T1 ini menumpukan terhadap kepraktisan pengguna, kebolehlaluan kenderaan dan prestasi off-road yang handal.
Keseluruhan bahagian luar menampilkan rekaan sebuah SUV bandar moden yang lengkung dan sedikit bulat. Reka bentuk lampu utama mendapat inspirasi daripada aurora Artik – melalui tekstur parametrik lebar penuh, ia mencapai kesan aurora yang boleh diukur dan dinamik. Dua jalur menegak pada kedua-dua hujung melebarkan muka hadapan secara visual

Bahagian belakang terdapat kemasan berwarna hitam berkilat yang mungkin akan menipu pandangan bahawa lampu utama belakangnya bersambung kiri dan kanan bercorak pepenjuru digital
Model Arcfox T1 ini T1 memperkenalkan konsol terapung yang inovatif, Panel pemangkasan berterusan mengalir dari papan pemuka ke panel pintu, dipasangkan dengan skrin sesentuh pada bahagian tengah bersaiz 15.6 inci dan gugusan instrumen 8.8 inci. Keduanya membentuk kokpit digital 240° lilitan, membolehkan aliran maklumat yang lancar dan interaksi intuitif dengan corong pendingin hawa kelihatan disorokkan di bahagian bahawa paparan skrin.

Sebagai memenuhi citarasa orang muda masa kini Arfox T1 ini menawarkan pilihan warna yang menarik meliputi Dawn White, Watt Blue, Streamer Silver, Rosy Dawn Purple, dan juga Midnight Gray. Malah, warna untuk ruangan kabin juga terdapat tiga pilihan warna, Cloudy Rice, Black Gold, dan Sand Brown.
Dari segi trenkuasa dan julat, Arcfox T1 ini boleh didapati dengan dua jenis motor pemacu, dengan kuasa maksimum masing-masing 70 kW dan 95 kW, dipadankan dengan dua pek bateri dengan kapasiti 41.7 kWj dan 42.3 kWj. Keupayaan bergerak Arcfox T1 ini mempunyai julat diantara 320 km dan 425 km.
BACA : BAIC BEIJING BJ60e – SUV OFF-ROAD ELEKTRIK DENGAN KEUPAYAAN JARAK JAUH
BACA : BAIC BJ40 TAKLIMAKAN RALLY CHAMPION EDITION – BARULAH NAMPAK LASAK DAN RUGGED