Buletin

BAIC BEIJING BJ60e – SUV OFF-ROAD ELEKTRIK DENGAN KEUPAYAAN JARAK JAUH

Buat peminat model SUV dari China, jenama BAIC ini cukup sinonim dengan model SUV lasak terutamanya melalui model BAIC Bejing. Dan seiring dengan peredaran masa, BAIC Beijing BJ60e adalah merupakan model SUV elektrik bersaiz besar yang dibina berdasarkan platform baharu dengan keupayaan jarak yang diperingkatkan.

BAIC yang dianggap handal dalam pembangunan model off-road, pengeluar dari China ini telah menggunakan sepenuhnya kelebihan tork berkelajuan rendah berkuasa pacuan elektrik digabungkan dengan penambahan bahan api untuk menghilangkan kebimbangan menempuh jarak jauh.

Falsafah rekaan berinspirasikan Emotional Block yang mempunyai tafsiran baharu pada BJ60e ini dengan profil berkotak yang mampu memberikan ruang dalaman yang lebih luas dan lapang.

Bahagian hadapan menampilkan reka bentuk gril lima blok yang klasik tetapi telah disepadukan dengan lampu LED yang memanjang ke sudut bawah kiri dan kanan.

Rekaan bahagian belakang juga menampilkan ciri klasik, persis ala model Pajero dahulu kala dengan tayar simpanan yang disangkut di bahagian belakang. Pun begitu, lampu belakang telah menggunakan teknologi moden yang menggunakan teknologi pemotongan laser menampilkan kawasan pencahayaan yang luas yang boleh memaparkan animasi pencahayaan. Animasi pencahayaan ini menyediakan mod aluan, panduan pencarian kereta dan juga mengunci.

Falsafah Emotional Block juga turut ditampilkan pada ruangan kabin dengan menampilkan bentuk garis tertutup, menyerlahkan ciri jenama ketegasan, kebolehpercayaan dan keterangkuman melalui tema reka bentuk.

Terdapat dwi skrin berukuran 12.8 inci untuk berfungsi sebagai sistem infohiburan untuk pemandu dan juga penunmpang disebelah , bagi membolehkan ianya dinikmati tanpa menggangu pemandu.

Tempat duduk dibalut dengan kulit mewah untuk membuatkan ianya kelihatan lebih eksklusif  serta terdapat fungsi perehat kaki untuk pemandu dan juga penumpang bagi mengurangkan tahap kelesuan. Tempat duduk ini dilengkapi dengan fungsi pengudaraan dan pemanasan serta sistem mengurut lapan mod tersedia.

Lampu ambien sehingga 256 warna boleh dipilih berserta dengan sistem audio meliputi 12 pembesar suara daripada Harman Infinity untuk penghasilan kualiti bunyi serupa konsert.

Penggunaan kaca kalis bunyi dua lapisan serta 6.5 meter persegi kapas serap bunyi di bahagian kabin membuatkan ianya lebih senyap di bahagian dalam.

Trenkuasa model ini menggandingkan enjin 1.5 liter Turbo dan juga dua motor elektrik 153 kW di hadapan dan juga 250 kw di belakang. Pek bateri 40.3 kWh yang digunakan SUV ini bergerak sendiri sehingga 150 km. Penggunaan bahan bakar dikhabarkan hanyalah 1.3L/100km.

BACA : BAIC BJ40 TAKLIMAKAN RALLY CHAMPION EDITION – BARULAH NAMPAK LASAK DAN RUGGED

BACA : TERINGIN MERCEDES G-CLASS TAPI TAK MAMPU? ORDER SAJA BAIC BJ80 NI

Google ads

B K

Back to top button