BAIC BJ40 TAKLIMAKAN RALLY CHAMPION EDITION – BARULAH NAMPAK LASAK DAN RUGGED
Di negera China, perlumbaan China Around Taklimakan Rally yang telah ditubuhkan pada 2005 di Xinjiang adalah merupakan acara perlumbaan rali off-road antarabangsa yang paling penting di China. Terkenal dengan juga sejarah kenderaan off-road, BAIC telah pun menyertai China Around Taklimakan Rally ini selama bertahun-tahun dan model BJ40 telah menjadi kejuaraan dalam kategorinya selama empat tahun berturut – turut dari 2020 hingga 2023.
Dan ini merupakan model istimewa edisi khas yang dibangunkan sebagai kenderaan off-road berprestasi tinggi hasil daripada model juara China Around Taklimakan Rally untuk dijual kepada pengguna.
Untuk rekod, China Around Taklimakan Rally edisi 2024 ini merupakan ulang tahun ke 20 yang bermula dari Kashgar di Xinjiang pada 20 Mei dan berakhir di Aksu pada 1 Jun, yang berlangsung selama 13 hari dalam 9 peringkat dengan jarak keseluruhan 4,600 kilometer.
BAIC telah menyertati perlumbaan tersebut dengan model baharu BJ40 sekali lagi untuk mencabar kelas T2. Kelas T2 ialah yang paling hampir dengan status produksi massa dengan rangkaian kuasa, casis dan struktur badan utama yang sama. Model BJ40 ini berjaya menjadi model AT pertama menamatkan perlumbaan Taklimakan ini serta muncul sebagai pemenang 6 peringkat daripada 9 peringkat yang ada.
Dan model BJ40 Around Taklimakan Champion Edition ini hadir dengan pakej berprestasi tinggi yang sinonim dengan nama yang diberikan. Keupayaan off-road model edisi khas ini telah dipertingkatkan serta dilengkapi dengan rear differential lock secara standard.
Prestasinya dimaksimumkan dari segi trenkuasa, serta kebolehupayaan keluar daripada masalah di laluan dengan penalaan casis professional yang turut didatangkan dengan tayar off-road AT. Malah model ini juga kini didatangkan dengan 11 mode ATS dan juga 12 mode gear crawl.
Ciri keselamatan turut dipertingkatkan dengan penggunaan roll cage dengan ketegaran kilasan 16,000 Nm dan casis yang diperkukuh dengan tiga plat logam tambahan dan salutan pelindung, serta lebih 30 bantuan keselamatan pintar serta brek linear dwi-berulang.
Ciri moden turut dipasangkan dengan sistem L2.5 ADS terbaharu serta mempunyai sistem pembesar suara 12+1 ANC Harman. Untuk penampilan luaran, ianya dilayangkan dengan warna Storm Grey Matte serta mempunyai jalur perlumbaan serta lencana untuk memberitahu bahawa ianya adalah model istimewa.
BJ40 Around Taklimakan Champion Edition ini akan dikeluarkan dalam unit terhad 2,024 sahaja untuk dibeli oleh rakyat China.
BACA : BAIC BJ40 PLUS – NAMPAK MACAM SAMA TAPI BUKAN DIA
BACA : BAIC BJ40 PLUS DIPERKENALKAN – JANA 224PS, ANGGARAN HARGA BERMULA RM180K