
ASTON MARTIN VALKYRIE RAIH KEPUTUSAN TERBAIK DI 6 HOUR OF FUJI
Jentera lumba kereta hiper Aston Martin Valkyrie meraikan perlumbaan ke 100 jenama terkemuka dari Britain itu dalam perlumbaan FIA World Endurance Championship (WEC) dengan mencapai penamat terbaiknya dalam musim sulungnya, serta menyampaikan penamat keseluruhan terbaik Aston Martin dalam siri perlumbaan siri kereta sport.
Pasukan Aston Martin THOR Team yang membariskan pemandu handalan Marco Sørensen dan Alex Riberas menduduki tempat keenam dalam perlumbaan 6 Hours of Fuji, menandakan tahap tertinggi baharu dalam program itu, setelah mempamerkan pemanduan yang handal sepanjang hujung minggu di Jepun.

Aston Martin adalah salah satu daripada tiga pengeluar yang telah bertanding dalam setiap perlumbaan WEC sejak siri ini dimulakan pada 2012. Setelah meraih 53 kemenangan kelas dan 11 gelaran kejuaraan dunia pada masa itu, adalah wajar jenama itu harus mencapai keputusan terbaiknya setakat ini untuk program jentera kereta hiper mereka bersempena perlumbaan ke 100 tersebut.
Menurut Adam Carter selaku Head of Endurance, walau pun hanya meraih keputusan keenam terbaik untuk perlumbaan di 6 Hours of Fuji, ianya masih dianggap cukup baik memandangkan penyertaan mereka musim ini bersama jentera Aston Martin Valkyrie masih baharu tetapi dalam masa yang sama cukup kompetetif di atas litar setakat ini.

Sama seperti perlumbaan di Lone Star Le Mans yang berlangsung di litar Circuit of The Americas awal bulan lalu, jentera Aston Martin Valkyrie ini berupaya untuk bersaing di barisan hadapan di Fuji dengan menunjukkan kepantasan untuk bersaing merebut podium. Ini pastinya merupakan suatu kenyataan yang besar dan handal buat pasukan Aston Martin THOR Team untuk terus bersaing dan membina momentum perlumbaan.
Keputusan yang diraih di Fuji ituu bermakna Marco Sørensen dan Alex Riberas menjadi pemandu Aston Martin pertama yang meraih mata kejuaraan dunia dalam kelas teratas WEC. Ia adalah penamat mata kedua untuk pasukan itu, yang berjaya meraih dua mata kerana menduduki tempat ke-12 dalam 24 Jam Le Mans pada bulan Jun.
BACA : ASTON MARTIN VALKYRIE MEMBUAT DEBUT DI WORLD ENDURANCE CHAMPIONSHIP (WEC) DI QATAR

