Buletin

ASTON MARTIN VALKYRIE AKAN MEMBUAT DEBUT ISTIMEWA DI AMERIKA UTARA PULA SELEPAS UNTUK SIRI PERLUMBAAN LASAK DI IMSA

Kisah perlumbaan model hypercar jalanan Aston Martin Valkyrie akan diteruskan apabila jenama ultra mewah berprestasi tinggi itu akan membuat debut sulung di IMSA WeatherTech Sports Car Championship (IMSA) untuk perlumbaan tahan lasak paling mencabar di Amerika Utara, Mobil 1 Twelve Hours of Sebring.

Model pertama Le Mans Hypercar (LMH) yang dihasilkan ini adalah merupakan satu – satunya model jalanan yang sah dalam kategori utama GTP dalam perlumbaan IMSA ini. Penampilan sulung Aston Martin Valkyrie ini akan diuruskan oleh Aston Martin THOR Team di Sebring sekali gus meneruskan musim yang cukup bersejarah bagi jenama dari British itu.

Menariknya ia adalah merupakan model LMH pertama yang beraksi dalam dua perlumbaan tahan lasak di IMSA dan juga FIA World Endurance Championship (WEC) yang mana Aston Martin Valkyrie ini telah membuat debut utama di Qatar bulan lepas.

Dibangunkan daripada model jalanan Valkyrie oleh Aston Martin dan THOR, versi perlumbaan ini menggabungkan casis gentian karbon yang dioptimumkan perlumbaan dengan trenkuasa enjin V12 6.5 liter diubah suai yang mampu mencapai sehingga 11,000rpm dan menghasilkan lebih 1000 HP dalam bentuk standard, tetapi mematuhi had kuasa berdasarkan regualsi untuk model hypercar ini.

Model Valkyrie ini telah meletakkan Aston Martin di bahagian teratas perlumbaan kereta sport di Amerika Syarikat buat kali pertama sejak 2011 yang mana ketika itu merupakan musim di mana lima kemenangan berterusan dan tujuh podium dicapai dalam Siri Le Mans Amerika.

Senarai pemandu kerja untuk Aston Martin bagi program perlumbaan ini kelak akan menampilkan barisan yang penuh dengan pengalaman dan kejayaan antarabangsa. Roman De Angelis Kanada, juara IMSA GTD 2022, dan Ross Gunn (GBR), pemenang perlumbaan tetap dalam kategori GTD dan GTD Pro, akan bertanding sepanjang musim IMSA dengan jentera Valkyrie #23. Kedua-duanya adalah merupakan bekas pemenang untuk Aston Martin Race Academy.

BACA : ASTON MARTIN VALKYRIE MEMBUAT DEBUT DI WORLD ENDURANCE CHAMPIONSHIP (WEC) DI QATAR

BACA : SAFETY CAR F1 ASTON MARTIN VANTAGE BAHARU – PENUH DENGAN SKRIN DAN BUTANG WOO

Google ads

B K

"
"
Back to top button