Buletin

AUDI E5 SPORTBACK SERBA BAHARU – REVOLUSI JENAMA AUDI UNTUK PASARAN CHINA

Sebagai menandakan permulaan era baharu untuk jenama Audi bagi segmen kenderaan tenaga baharu, AUDI, mereka telah memperkenalkan sebuah model baharu dan terkini AUDI E5 Sportback. Model sulung dibawah jenama AUDI ini telah diperkenalkan sewaktu Volkswagen Group Media Night bersempena dengan Auto Shanghai 2025.

Menurut Gernot Döllner selaku Pengerusi AUDi AG, jenama yang dikhususkan untuk pasaran China dengan model AUDI E5 Sportback ini akan menawarkan kualiti terbaik Audi yang direka semula dan disesuaikan khusus untuk pasaran China semata.

Untuk jenama AUDI ini, ianya dieja dengan huruf besar kesemuanya tetapi tidak mempunyai logo lingkaran empat cincin seperti mana model jenama Audi yang biasa sebagai perbezaan untuk AUDI di pasaran China ini.

Untuk rekod, Audi telah pun mula bertapak di China sekitar 37 tahun yang lalu dan terus berkembang membangunkan jenama mereka dengan kualiti yang terbukti. Dan kini AUDI dibangukan khusus untuk China bersama rakan SAIC untuk terus mengukuhkan jenama AUDI pula.

Model AUDi E5 Sportback ini dibina berdasarkan Advanced Digitized Platform merangkumi kecemerlangan DNA kejuruteraan Audi diadun dengan ekosistem digital dan inovasi China, yang disesuaikan khusus untuk pelanggan yang sememangnya cukup arif dengan teknologi moden.

Model AUDI E5 Sportback ini adalah merupakan sebuah model fastback elektrik sepenuhnya dengan mempunyai dimensi panjang 4,881 milimeter, lebar 1,959 milimeter, dan tinggi 1,478 milimeter. Berbanding jenama Audi, untuk model AUDI ini jelas sekali rekaan minimalis menjadi sifir penting untuk menembusi Tembok China tetapi masih cukup maksimal dari segi fungsi lengkap dengan radar dan juga sensor penting.

Walau pun tampak seakan minimalis di bahagian belakang, namun terdapat rekaan spoiler terapung di bahagian atas untuk memberikan kesan aerodinamik yang lebih baik.

AUDI E5 Sportback ini menawarkan output kuasa sehingga 579 kilowatt dan julat maksimum 770 kilometer. Empat trenkuasa berbeza menawarkan pacuan roda belakang atau quattro untuk pengalaman pemanduan dinamik serta kemampuan memecut dari 0 hingga 100 kilometer sejam dalam 3.4 saat sahaja.

Dengan penggunaan pengecasan ultra-pantas 800-volt, model ini boleh menambah jarak pemanduan sehingga 370 kilometer dalam masa 10 minit sahaja. Sistem LiDAR yang terdapat padanya pasti akan membantu pemanduan untuk mengelakkan sebarang perkara yang tidak diingini. Malah senario jalan raya di China yang sentiasa dipenuhi dengan kenderaan pelbagai model seperti roda dua dan roda tiga serta kanak – kanak turut disertakan bagi membantu sistem canggih ini.

Ciri canggih yang terdapat pada model ini termasuklah sistem suspensi udara adaptif dengan CDC (Continuous Damping Control) untuk lebih pemanduan yang lancar dan selesa.

BACA : AUDI Q6 e-tron OFF-ROAD CONCEPT – KEUPAYAAN MENDAKI YANG BUKAN KALENG KALENG

BACA : AUDI LANCARKAN SEBUAH SYARIKAT KERETA BAHARU YANG DINAMAKAN AUDI – BETUL NI BUKAN MAIN-MAIN

Google ads

B K

Back to top button