Buletin

AUDI Q6 e-tron OFF-ROAD CONCEPT – KEUPAYAAN MENDAKI YANG BUKAN KALENG KALENG

Audi telah memperkenalkan sebuah model konsep off-road yang diilhamkan daripada model SUV mewah, Audi Q6 e-tron off-road. Ini adalah model prototaip yang baru dibangunkan, menampilkan dua motor elektrik dengan output kuasa gabungan 380 kW dan boleh mendaki kecerunan sehingga 100 peratus hasil daripada gandar yang baharu direka bentuk semula.

Model Q6 e-tron ini memberikan rasa sebuah kenderaan yang mantap untuk segmen off-road. Jelas sekali rupa luaran model konsep ini telah ditinggikan sebanyak 160 mm (6.3 inci) dan juga penampilan yang lebih lebar sehingga 250 mm (9.8 inci) untuk memberikan rupa luaran yang garang dan perkasa.

Selepas pandu uji pertama, Ketua Pegawai Eksekutif Audi Gernot Döllner bersemangat berkata “Konsep offroad Q6 e-tron adalah merupakan tafsiran semula quattro. Model ini menunjukkan potensi yang ada pada platform kami untuk model kenderaan elektrik yang telah ada hari ini. Kenderaan ini boleh menuntut tanah baru. Kami tidak sabar-sabar untuk melihat reaksi pelanggan kami terhadap kereta yang sangat emosional ini.”

Gandar portal secara konvenional berupaya memberikan peningkatan tork sehingga 30% pada roda tetapi reka bentuk baharu yang dihasilkan Audi ini berupaya memberikan peningkatan sehingga 50%. Walau pun kelajuan maksimum berkurangan tetapi ianya memberikan kuasa tambahan yang diperlukan ketika mendaki cerunan sehingga 45 darjah.

Model konsep ini mempunyai empat gandar portal yang dibangunkan dari awal dan disepadukan ke dalam pemasangan hab roda di gandar hadapan dan belakang. Ini memerlukan beberapa perubahan terhadap sistem suspensi.

Audi Q6 e-tron berfungsi sebagai asas untuk kereta konsep dan merupakan model pengeluaran pertama yang dibina di atas Premium Platform Electric (PPE). Ia merupakan titik rujukan baharu untuk Vorsprung durch Technik yang dipacu secara elektrik. Siri model Audi Q6 bukan sahaja cemerlang dengan prestasi pemanduan dan pengecasan yang mengagumkan tetapi juga menetapkan standard dalam julat dan kecekapan.

BACA : AUDI Q6L e-tron – SUV EV PREMIUM KHUSUS UNTUK PASARAN CHINA

BACA : AUDI Q8 e-tron DAKAR EDITION – SUV EV PREMIUM DENGAN GAYA OFF-ROAD. SANGGUPKAH NAK PANDU MASUK KE HUTAN BELANTARA?

Google ads

B K

Back to top button