Artikel Pilihan

AUDI LANCARKAN SEBUAH SYARIKAT KERETA BAHARU YANG DINAMAKAN AUDI – BETUL NI BUKAN MAIN-MAIN

Adakah kami salah taip? Tidak, sebab sebuah syarikat kereta baharu telah ditubuhkan oleh Audi dan SAIC di China. Ia dinamakan AUDI. Ya…punyalah banyak lagi nama yang boleh dipilih dan mereka menamakannya AUDI. Mudah betul diorang buat keputusan.

Untuk mengelakkan kekeliruan dengan Audi asal, syarikat baharu ini tidak menggunakan logo gelang bertindih. Sebaliknya syarikat baru ini menggunakan logo empat huruf besar: AUDI.

Model pertama yang muncul dari syarikat baharu ini ialah AUDI E, sebuah model konsep. Dikatakan tiga model produksi bakal dilancarkan bermula pertengahan tahun hadapan. AUDI baharu akan memasuki pasaran bersama model-model Audi di pasaran China.

Sudah tentu Audi dan SAIC boleh memilih nama-nama lain untuk syarikat baharu ini tapi berdasarkan pertumbuhan syarikat kereta baharu di China setiap minggu dengan nama pelik-pelik, apa sangatlah nama AUDI ni. Orang sana tak kisah sangat dengan nama-nama syarikat kereta ni.

Audi asal mungkin belum meninggalkan enjin ICE sepenuhnya tapi AUDI baharu ini hanya akan mengeluarkan model-model EV. Jadi persaingan bukannya secara langsung dengan Audi asal. Malah kereta-kereta keluaran AUDI juga hanya dikhaskan untuk pasaran China. Ooo CDM la ni.

Kereta-kereta keluaran AUDI juga direka khas berdasarkan minat dan keperluan pelanggan di China jadi ia tidak semestinya mengikut ‘bahasa’ rekaan Audi asal. Okey juga strategi ni kan? Kita beri pilihan kepada pengguna. Kalau tak minat dengan kereta keluaran Audi mereka ada pilihan lain dengan jenama kedai sebelah; AUDI.

Google ads
Back to top button