AUDI Q6L e-tron – SUV EV PREMIUM KHUSUS UNTUK PASARAN CHINA
Audi telah memperkenalkan model SUV terbaharu berdasarkan Premium Platform Electric (PPE), Audi Q6L e-tron ketika Beijing Auti Show 2024 tempohari yang sememangnya dikhususkan untuk pasaran China.
Audi Q6L e-tron tersebut dijangka membuat debut seterusnya umum pada suku keempat 2024 kelak. Seperti model PPE yang lain untuk pasaran China, Audi Q6L e-tron akan dikeluarkan secara tempatan di kilang baharu di Changchun. Penghantaran pertama kepada pelanggan akan dilakukan pada tahun 2025 kelak.
Audi sememangnya menambah huruf L pada nama Q6 ini yang akan merujuk kepada terma Long yang mana jarak rodanya telah dipanjangkan sehingga 105 mm. Ini bermakna, selain daripada lebihan ruangan untuk keselesaan penumpang, ianya juga membolehkan lebih kapasiti bateri berupaya dimuatkan di dalam SUV ini.
Paling penting, sudah tentu jarak perbatuannya juga akan menjadi lebih jauh sehingga mampu bergerak sehingga 700 km, berbanding hanya 625 km untuk varian standard. Terima kasih kepada teknologi 800-voltnya, EV terbaru Audi ini juga akan dapat mengecas pada kadar sehingga 270 kW.
Audi telah membina model L dengan jarak roda yang dipanjangkan khusus untuk pasaran China selama beberapa dekad. A6L dan A4L ialah model yang paling terkenal, bersama Q5L, A8L dan A8L Horch. Kini, Audi menambah model L kepada keluarga e-tron Q6 – memberikan lebih banyak ruang, keselesaan dan kebolehgunaan setiap hari.
Malah, Audi Q6L e-tron ini juga mempunyai motor elektrik yang cukup berkuasa dengan pek bateri litium-ion yang baharu dibangunkan terdiri daripada 12 modul dan 192 sel prismatik dengan jumlah kapasiti kasar 107 kWj (pertambahan 7 kWj berbanding varian standard).
Bateri akan memacu motor 342 hp (255 kW / 347 PS) dalam model pacuan roda belakang, atau sepasang motor dengan gabungan 463 hp (345 kW / 469 PS) dalam pacuan semua roda motor berkembar model.
Reka bentuk luaran Audi Q6L e-tron ini kelihatan cukup sempurna dan bergaya untuk tampil sebagai sebuah SUV elektrik premium. Bahagian luaran, Audi telah memberikan sedikit sentuhan pada fascia hadapan baharu dengan kemasan hitam berkilat untuk gril dan dipadankan cat dengan salur masuk udara sisi untuk menjadikannya kelihatan lebih lebar. Malah Audi juga telah memberikan warna baharu Lilac Grey khusus untuk SUV ini. Penggunaan rim bersaiz 21 yang membuatkan penampilannya luarannya lebih menyerlah.
Audi turut memberikan nilai tambah kepada pengguna di China apabila menampilkan ciri bantuan pemanduan termasuklah Driving Assistant Pro dan Parking Assistant Pro melalui penggunaan lidar, radar, penderia ultrasonik dan set kamera yang tersedia.
Dan segala spesifikasi penuh akan didedahkan kelak ketika pelancaran rasminya nanti.
BACA : AUDI E-TRON GT DAN RS E-TRON GT SAH TIBA DI MALAYSIA TAHUN 2023. BERAPAKAH HARGANYA NANTI?