Artikel Pilihan

BAJET 2023: INISIATIF NEUTRAL KARBON 2050 DIPERKUKUHKAN. EV DAPAT BANYAK MANFAAT

Pembentangan bajet 2023 pada 24 Februari 2023 menyaksikan pihak kerajaan meneruskan usaha untuk mengurangkan pelepasan gas karbon dioksida dan mencapai karbon neutraliti pada tahun 2050. Antara inisiatif yang akan diteruskan atau diperkenalkan termasuklah:

1. Pemasangan sehingga 500 stesen pengecas di seluruh negara di bawah inisiatif Gentari. Setakat ini apa yang kita boleh lihat Gentari memasang pengecas pantas 120kW dan juga 22kW di stesen Petronas terpilih. Keadaan ini akan menggalakkan lebih banyak pengguna beralih kepada kereta elektrik

2. Inisiatif lain pihak kerajaan juga termasuklah pemasangan sehingga 70 unit stesen pengecas di bawah inisatif TNB Electron. Setakat ini 3 stesen TNB Electron sudah beroperasi dengan sistem pengecas pantas 180kW dan bergantung pada jenis kereta elektrik yang digunakan, tempoh masa mengecas akan dipendekkan dengan banyak

3. Pemilikan kereta elektrik pada pengguna individu juga diberikan melalui galakan cukai yang menyokong penggunaan kereta elektrik termasuklah pengecualian duti import dan eksais ke atas EV jenis CBU import dilanjutkan sehingga 31 Disember 2024

4. Inisiatif lain bagi menggalakkan penggunaan kereta elektrik termasuklah Pengecualian fi Approved Permit (AP) untuk pengimportan EV sehingga 31 Disember 2023. Pengecualian cukai eksesais dan cukai jualan bagi kereta elektrik pemasangan tempatan (CKD) akan dilanjutkan sehingga 31 Disember 2027

5. Pengecualian cukai pendapatan 100% atas pendapatan berkanun pengilang peralatan pengecasan EV mulai tahun taksiran 2023 hingga tahun taksiran 2032 dan Elaun Cukai Pelaburan 100%

6. Bagi menggalakkan lagi penggunaan kereta elektrik secara sewaan, potongan cukai akan diberikan kepada syarikat yang menyewa EV dengan jumlah maksimum amaun sewaan yang layak dihadkan tidak melebihi 300 ribu ringgit.

Rujukan sumber di SINI

Google ads
Back to top button