Buletin

CELEBRITY CAR WARS 2018 – HIDANG AKSI LEBIH MENARIK, MALANGNYA ROPIE HKL TAK ADA

A+E Networks® Asia mengumumkan musim terbaharu rancangan realiti automotif terbitan asal HISTORY Asia yang pernah memenangi anugerah, Celebrity Car Wars.

Bakal memasuki musim ketiga, penonton boleh mengharapkan lebih banyak aksi perlumbaan yang sengit dan mendebarkan! Ditaja oleh Caltex, program itu baru sahaja menamatkan penggambarannya di Filipina dan dijangka ditayangkan pada September 2018.

Penerbitan Celebrity Car Wars menandakan sebuah lagi kerjasama komersil yang menggabungkan nilai jenama rakan kongsi dan kandungan program kami secara kreatif,” kata Pengarah Urusan A+E Networks Asia, Leena Singarajah.   

6 orang selebriti Asia Tenggara

Musim terbaharu ini akan menyaksikan enam selebriti dari seluruh Asia Tenggara bersaing untuk muncul sebagai pelumba terbaik. Masing-masing mempunyai kemahiran, ketangkasan dan perancangan tersendiri untuk menghadapi persaingan sengit di litar lumba.

Selebriti-selebriti itu ialah pelakon dan pelawak dari Singapura, Munah Bagharib; pelakon, penerbit dan pengarah dari Malaysia, Hans Isaac; pelakon, VJ dan anak kepada pelakon terkenal Teresa Loyzaga, Diego Loyzaga; pelakon, model dan penyanyi berdarah kacukan Amerika-Filipina Xian Lim; pelakon, penyanyi, dan model berdarah kacukan Thai-Australia, Matthew Deane serta isterinya, penyanyi R&B, aktres dan personaliti media sosial dari Thailand, Lydia Sarunrat.

“Caltex berbesar hati dapat menaja rancangan Celebrity Car Wars yang dapat menunjukkan minyak Techron berprestasi tinggi berupaya untuk memberikan pengalaman pemanduan terbaik walaupun dalam situasi mencabar.

“Selain aksi pemanduan yang mengujakan oleh para selebriti, penonton juga dapat mempelajari tip-tip profesional untuk menjimatkan minyak serta penggunaan minyak yang betul bagi meningkatkan lagi kecekapan dan prestasi enjin,” kata penaja utama dan Pengurus Besar Sokongan Penjualan & Pemasaran Caltex, Carlos Rey C. Castaños.

Cabaran drag, 4×4 dan ubah suai kereta

Hos, Bobby Tonelli dan mentor jemputan yang terdiri daripada pelumba-pelumba kereta profesional, Gaby dela Merced dan Michele Bumgarner, kembali untuk membimbing para selebriti sepanjang lapan minggu.

Penonton akan dapat menyaksikan lebih banyak cabaran-cabaran sengit termasuklah perlumbaan di tempat pembinaan, perlumbaan “drag” di Binalonan Airfield WCC,dan persaingan untuk mengubah suai kereta.

Atas permintaan ramai, cabaran-cabaran daripada musim terdahulu akan turut ditampilkan. Antaranya, perlumbaan Jeepney, perlumbaan secara mengundur, dan 4X4 di dalam hutan sepanjang Sungai Sacobia di Pampanga. Tidak dilupakan, dinding batu bata yang perlu dihadapi para selebriti.

Kemunculan istimewa

Bagi menghangatkan lagi persaingan, musim terbaharu Celebrity Car Wars akan membawakan pesaing-pesaing daripada musim lepas, Marc Nelson and Phomela Baranda yang akan bertanding dalam perlumbaan “drag”.

Selebriti Dominic Lau pula akan membuat kemunculan istimewa dan menjadi juri jemputan dalam cabaran bola sepak-kereta. Buat pertama kalinya, siri musim ini akan memperkenalkan papan markah secara langsung yang membolehkan peserta melihat markah masing-masing.

Siapakah yang akan melakar nama di Celebrity Car Wars Hall of Fame dan tersenarai di samping juara-juara terdahulu, KC Montero dan Dominic Lau? Siapa pula yang akan kecundang di tengah jalan?

Celebrity Car Wars diterbitkan oleh “active TV” yang memenangi anuegerah Emmy dan pernah merangkul Anugerah Emas “Pemasaran Idea – Kandungan Terbaik” di Anugerah MARKies 2017 yang dianjurkan oleh Marketing Magazine.

Musim Ketiga Celebrity Car Wars akan ditayangkan pada 9 September di HISTORY Asia (Saluran ASTRO 555 dan 575 HD), setiap Ahad, jam 9.55 malam.

Google ads
Back to top button