BuletinMotosikal

DUCATI AKAN HASILKAN MOTOSIKAL 300CC DENGAN BANTUAN HERO MOTOR INDIA

Dalam usaha untuk menghasilkan motosikal yang bagus untuk pasaran 300cc, Ducati mungkin sudah menemui rakan pembangunanan mereka di pasaran motosikal India. Motosikal kecil kini merupakan sebahagian besar daripada rancangan jangka panjang pengeluar tersebut.

Pemain terbaharu untuk menyertai liga motosikal sub 300cc ini adalah gabungan Ducati dan Hero MotoCorp.

BACA: ROSSI PUN BOLEH MENANG KALAU PAKAI DUCATI

Kebanyakan syarikat Jepun sudah mempunyai pasaran motosikal berkapasiti kecil yang terdiri dari segmen 125, 250, dan 300cc. Tidak lama dahulu, syarikat motosikal mainstream seperti Harley-Davidson dan Ducati tidak pernah peduli pada pasaran motosikal kecil.

Mereka tidak menghiraukannya sehinggalah menyedari India menjadi pasaran terbesar untuk produk roda dua dengan keutamaan untuk model kecil dan mampu milik.

Harley-Davidson baru-baru ini mengumumkan bahawa ia sedang mencari perkongsian dengan sebuah syarikat yang dapat memberikan tunjuk ajar tentang bagaimana untuk membuat motosikal kecil.

BACA: RECALL DUCATI V4 KERANA MASALAH TANGKI

Sekarang, giliran Ducati untuk menyertai liga ini dan syarikat itu di landasan yang baik berikutan hubungan yang sudah terjalin  dengan Hero MotoCorp India.

Sehingga sekarang, Hero adalah satu-satunya syarikat motosikal India utama yang tersisih daripada mana-mana perkongsian dengan syarikat Barat sehinggalah Ducati melangkah masuk.

Hero dijangka bertanggungjawab untuk membangunkan platform baru manakala Ducati akan menumpukan pada enjin. Ia adalah cara yang mirip seperti kerjasama BMW G310R dan G310GS yang dijalankan antara BMW Motorrad dan TVS India.

Platform Ducati / Hero baru ini dijangka digunakan untuk dua model. Mereka akan berkongsi sebahagian besar komponen mekanikal. Digambarkan bahawa permulaan model 300cc ini akan menumpukan pasaran seperti Ducati Scrambler dan juga Multistrada.

Sumber: International Business Times

Google ads
Back to top button