
CHEVRON MALAYSIA LANCAR CALTEX REWARDS – TAWAR PELBAGAI GANJARAN
Chevron Malaysia Limited (Chevron), pemasar jenama Caltex, baru-baru ini melancarkan program terbaharu iaitu Caltex Rewards.
Menerusi aplikasi CaltexGo, Caltexs Rewards membolehkan pelanggan mengisi, membayar minyak selain, boleh mengumpul mata serta menebus pelbagai ganjaran.
Pengerusi Chevron Malaysia Limited, Dean Gilbert berkata, Caltex Rewards ialah program untuk memacu aspirasi pertumbuhan dan berhubung dengan pelanggan 24/7 di Malaysia.

Jelas beliau, Caltex Rewards serba baharu menawarkan pengalaman terbaik kepada pengguna sama ada melalui Aplikasi CaltexGo, laman web atau kedai rakan kongsi seperti FamilyMart, Lotus dan Grab.
Selain itu, mata terkumpul boleh digunakan untuk mendapatkan diskaun bagi setiap pembelian minyak termasuk menawarkan ganjaran berupa e-baucar.
Pemandu boleh mendaftar Caltex Rewards melalui aplikasi mudah alih CaltexGO, laman web Caltex atau di mana-mana stesen servis Caltex di Malaysia.
Untuk makluman, ahli baharu mendaftar akan mendapat 500 mata pendahuluan (bernilai RM5), 2 mata bagi setiap 1 liter petrol yang diisi dan bonus sebanyak 500 mata pada hari jadi setiap tahun.
Aplikasi CaltexGo kini tersedia di App Store serta Google Play Store.
- BACA: UNTUK SEMUA PENUNGGANG BAGI SEMUA PERJALANAN, RIDE STRONG DENGAN CALTEX HAVOLINE®
- BACA: PENGURUS CALTEX BACHANG, MELAKA AMBIL LELAKI GELANDANGAN KERJA BASUH KERETA
- BACA: AUTOMECHANIKA KUALA LUMPUR 2023 – LEBIH 300 PEMPAMER TERLIBAT, RUANG DAN PELUANG PERNIAGAAN TEMPATAN
- BACA: CHEVRON LANCAR BENGKEL HAVOLINE BIKEPRO – PENGALAMAN SERVIS DARI SENTUHAN PAKAR







